Lamanda Chuping kini mencatat satu lagi pencapaian positif dalam proses transformasi ekonominya dengan pembukaan cawangan baharu pasar mini 99 Speedmart yang merupakan sebahagian daripada inisiatif pembangunan holistik yang dilaksanakan oleh Encorp Berhad (ENCORP) bersama FELDA.
Pembukaan 99 Speedmart di Lamanda Chuping bukan sahaja memenuhi keperluan harian penduduk setempat, malah turut menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan komuniti yang lebih dinamik.
Pembukaan 99 Speedmart ini menandakan satu fasa penting dalam usaha ENCORP untuk membangunkan kawasan Lamanda Chuping sebagai pusat tumpuan komuniti yang terhubung dan progresif.
Selain daripada menyediakan kemudahan keperluan harian kepada penduduk tempatan, kehadiran pasar mini ini juga membuka peluang pekerjaan kepada komuniti setempat, khususnya buat generasi baharu FELDA.
Menurut Ketua Kewangan Eksekutif Kumpulan ENCORP, Kamarul Azman Kamarozaman, pembukaan 99 Speedmart ini mencerminkan potensi besar Lamanda Chuping sebagai hab ekonomi yang menyokong pembangunan komuniti.
“Pembukaan cawangan 99 Speedmart di Lamanda Chuping adalah bukti komitmen ENCORP dalam meningkatkan nilai sosioekonomi komuniti setempat. Kami percaya bahawa dengan lebih banyak kemudahan seperti ini, kehidupan penduduk akan menjadi lebih selesa dan akses kepada keperluan harian menjadi lebih mudah.
“Inisiatif ini juga diharapkan dapat merangsang aktiviti ekonomi setempat, menjadikan kawasan Lamanda Chuping sebagai kawasan pembangunan yang mampan dan lebih berdaya huni serta memastikan manfaat jangka panjang kepada generasi peneroka dan komuniti sekitarnya,” jelasnya.
Bagi usahawan yang mencari peluang perniagaan, ENCORP menawarkan unit Rumah Kedai 2 Tingkat yang terletak di lokasi strategik di Lebuhraya Chuping-Padang Besar. Semua unit ini menghadap jalan utama, menjadikannya lokasi premium untuk perniagaan.
Kelebihan lokasi Lamanda Chuping termasuklah kedudukannya yang berhampiran Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA).
-THE MALAYSIA VOICE