JUST IN

Filem Limbungan: Tragedi Hitam 1975 berdasarkan kisah sebenar

by | Feb 5, 2025 | THE GRAPEVINE

OLEH: BRADER FILEM

Filem terbaharu ini mengisahkan tentang perjalanan Ramli dan Malik ke sebuah kampung di Pantai Timur atas arahan majikan dalam proses ambil alih satu projek hidroelektrik.

Dalam perjalanan, mereka telah menghadapi halangan daripada orang kampung kerana projek tersebut akan mengakibatkan penduduk kampung kehilangan tanah mereka.

Dalam masa yang sama, mereka juga telah diserang oleh makhluk misteri yang dipercayai harimau jadian. Malik dan Ramli terpaksa bergelut untuk terus hidup.

Kisah yang dinspirasaikan oleh kisah benar ini telah dikaji oleh pengarahnya, Fazli Yasin di mana kisah mengenai harimau jadian ini pernah diceritakan menerusi catatan Sir Hugh Clifford iaitu Residen Pahang yang bertugas pada 1896 hingga 1903.

Menerusi catatan tersebut ada menceritakan mengenai harimau jadian yang menyerang sebuah keluarga.

Selain menampilkan Amerul Affendi dan Kodi Rasheed selaku tunjang utama, filem tersebut turut dibintangi pelakon-pelakon seperti Cat Farish, D’Boy Hamdan, Bohari Ibrahim, Zainal Isa, Nor Albaniah dan Azan Addin.

Kesan khas CGI dan praktikal efek dilakukan sepenuhnya oleh studio tempatan iaitu LiL Studio.

7/10 untuk filem ini. Menarik untuk ditonton. Akan memulakan tayangannya pada 6 Februari 2025, esok.

-THE MALAYSIA VOICE

(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)

Limbungan.jpg

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES