JUST IN

Transisi masa seiring usia mengubah diri kita seadanya

by | Feb 4, 2025 | Opinions

OLEH: MOHD FADLI SALLEH

Zaman muda dulu, tak suka gerak memandu di waktu siang. Lepas jam 12 malam baru seronok nak gerak. Kenderaan tak banyak. Mata masih cemerlang.

Masuk 40-an ini, mata mula silau. Kalau boleh gerak petang, ‘hayun’ petang. Kalau malam pun, sebelum jam 10 dah gerak.

Dulu atas lebuh raya memang tekan kelajuan 160 hingga 180 sahaja jadi kebiasaan. Jika bawah 150, rasa perlahan. Sekarang, cecah 140 pun rasa melayang. Kekal dengan 100 hingga 120 sahaja. Perangkap had laju pun tak kena.

Dulu, tak suka berhenti. Isi minyak penuh di Gombak, perhentian pertama adalah rumah di Kelantan atau Terengganu. Sekali pun tak nak berhenti. Anak-anak suruh makan dan kencing siap-siap di rumah. Naik kereta mereka tidur sahaja.

Sekarang ini, asal nampak papan tanda hentian Rehat dan Rawat (RnR) pasti selalu nak berhenti. Nak kencinglah, nak beli ‘jajan’lah atau nak betulkan uratlah.

Masa. Tiada yang dapat menghindarinya.
Menua. Tiada yang dapat mengelaknya.

Tiada siapa berjaya mengalahkan masa.
Tiada siapa berjaya mengelak dari menua.

Tenang saja jalani setiap fasa hidupmu.
Nikmati setiapnya dengan caramu tersendiri.
Kerana apa yang pergi, takkan berulang lagi.

Begitulah.

-THE MALAYSIA VOICE

(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)

Jalan-sesak.jpg

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES