
JUST IN


Real caring actually involves a lot of sacrifice

Pengaruh muzik pop yeh yeh pernah bikin P.Ramlee bimbang

Pembukaan 99 Speedmart di Lamanda Chuping lonjak potensi hab ekonomi setempat

Elise Mertens clinches singles title at inaugural Singapore Tennis Open

SPOTV launches FIFA+ Zone to celebrate football in Southeast Asia

Filem Limbungan: Tragedi Hitam 1975 berdasarkan kisah sebenar

AI to give healthcare industry a boost

Monitor rapid changes taking place now

Transisi masa seiring usia mengubah diri kita seadanya
Di sebalik kuasa wang Liga Arab dan kejutan perpindahan Jhon Duran

Rata-rata daripada kita sebenarnya boleh faham apa motivasi utama Jhon Duran pergi ke Arab Saudi.
Kalau bagi kenyataan pasukan semasa bergelut, itu sangatlah tidak tepat.
Aston Villa sekarang pun bukan dalam tahap kejatuhan, dekat Liga Juara-Juara Eropah (UCL) masih lagi hidup, siap tak perlu lalui fasa ‘play-off’.
Atau nak kata untuk kembangkan karier, itu jawapan yang sangat berani.
Pemain yang pergi ke Saudi Pro League ini tak lain dan tak bukan, memang sebab duit.
Sebelum ini di Premier League, Duran awal-awal dapat £24k seminggu, sebelum diberi kontrak baru dengan bayaran £60k seminggu (sebelum cukai).
Al-Nassr nak bagi £300k seminggu, siap tanpa cukai lagi.
Kelab mana yang berani untuk bagi kontrak sebesar itu untuk pemain yang masih dalam fasa tengah meningkat seperti ini.
Peluang buat duit ini tak datang selalu, dengan kontrak yang diterima di Arab Saudi memang cukup lumayan.
Tak semua pemain jadikan bola sepak ini sebagai medan untuk mencipta nama di dunia. Ada yang gunakan bola sepak sebagai tapak untuk ubah nasib diri dan keluarga.
Macam kes Duran ini sangat berkait kerana dia memang ada latar belakang yang menyukarkan semasa di Colombia.
Duran sekarang berusia 21 tahun, masa depannya dalam bola sepak pun boleh dikira panjang lagi, bila-bila masa saja boleh balik ke Eropah.
SUMBER: odfc Malaysia