
JUST IN


Real caring actually involves a lot of sacrifice

Pengaruh muzik pop yeh yeh pernah bikin P.Ramlee bimbang

Pembukaan 99 Speedmart di Lamanda Chuping lonjak potensi hab ekonomi setempat

Elise Mertens clinches singles title at inaugural Singapore Tennis Open

SPOTV launches FIFA+ Zone to celebrate football in Southeast Asia

Filem Limbungan: Tragedi Hitam 1975 berdasarkan kisah sebenar

AI to give healthcare industry a boost

Monitor rapid changes taking place now

Transisi masa seiring usia mengubah diri kita seadanya
Marmoush taruhan baharu Guardiola jana serangan Man City

Manchester City (Man City) berusaha untuk menyelesaikan masalah di bahagian serangan dengan membawa masuk Omar Marmoush yang dibeli dengan harga £63.2 juta daripada Eintracht Frankfurt.
Persoalan utama tentang Marmoush adalah, bagaimana dia akan disesuaikan dengan sistem Pep Guardiola?
Kita tak nafi, Marmoush memang seorang pemain yang sangat berbakat, nama pun tengah naik sekarang.
Cuma ada pernyataan yang agak skeptikal dibangkitkan mengenai peranan yang akan dimainkan oleh pemain ini di Man City.
Ada kecenderungan yang besar untuk Marmoush lebih kepada pemain ‘backup’ yang versatil, melihat kepada keupayaannya untuk berada dalam pelbagai peranan serangan.
Namun begitu, versatiliti ini sebenarnya penting juga untuk Man City, lebih-lebih lagi setelah mereka kehilangan Julian Alvarez, pemain yang memegang peranan yang ada mentaliti sebagai ‘game changer’ apabila diperlukan.
Man City sekarang ada keperluan yang besar untuk memastikan Marmoush mampu membawa nilai penting dalam penghasilan jaringan.
Buat masa sekarang, Erling Haaland merupakan penjaring terbanyak pasukan dengan 24 gol, jauh meninggalkan jumlah semasa Phil Foden (9) dan Jeremy Doku (6).
Kehadiran Marmoush seharusnya mampu mengurangkan kebergantungan yang tinggi terhadap seorang pemain semata-mata.
Cabarannya nanti lebih kepada lama mana masa yang mampu dicapai untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan Man City.
Semasa di Eintracht Frankfurt, Marmoush berkembang dalam sistem ‘counter-attack’, di mana dia diberikan ruang untuk bergerak bebas dan menyerang ruang terbuka.
Di Man City agak kontra, dengan suasana yang berbeza itu sangat jelas, ambil maklum tentang corak Pep yang memprioritikan penguasaan, hantaran yang tepat dan pergerakan secara berstruktur.
Dalam memenuhi tuntutan taktikal dan mendapat tempat dalam skuad utama, kita bagitahu awal-awal, memang akan ambil masa.
Kejayaan Marmoush di Man City akan bergantung kepada seberapa cepat dia boleh menyesuaikan diri dengan sistem Pep dan bagaimana dia akan memainkan peranan untuk membantu pasukan dalam menjaringkan gol.
SUMBER: odfc Malaysia