OLEH: FARAHI KAMARUDDIN
Selamat datang ke Pulau Soan, yang terletak kira-kira sejam perjalanan dengan bot dari Daerah Wando, Wilayah Jeolla Selatan. Inilah satu-satunya tempat di Korea yang seluruh kawasannya mengibarkan bendera kebangsaan setiap hari, tanpa gagal!
Pulau Soan adalah pangkalan asas untuk para pejuang kemerdekaan ketika era penjajahan Jepun. Dua puluh orang dari pulau itu telah dikurniakan Order of Merit untuk Yayasan Kebangsaan di sana, yang mempunyai bilangan penerima yang paling ramai di negara ini.
Apabila seorang penduduk dimasukkan ke dalam penjara semasa gerakan kemerdekaan, penduduk kampung yang lain memilih untuk tidak melindungi diri dengan selimut walaupun pada musim sejuk. Ini adalah sebagai solidariti mereka menyokong pejuang kemerdekaan.
Hwang Yeong-woo, pengerusi Projek Peringatan Pergerakan Anti-Jepun Soan, berkata, “Saya mendapat idea untuk penduduk menghias pulau ini dengan bendera kebangsaan untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa Soan adalah kuil anti-Jepun.”
Pulau Soan terletak dalam laluan dari Mokpo ke Pulau Jeju, dan penduduknya tidak begitu terdedah kepada dunia luar. Pada tahun 1900-an, pulau itu menubuhkan sekolah dan memulakan pendidikan baru, memupuk ramai perintis yang mendorong masyarakat melancarkan gerakan anti-Jepun yang sistematik.
SUMBER: The Patriots






