
JUST IN


Real caring actually involves a lot of sacrifice

Pengaruh muzik pop yeh yeh pernah bikin P.Ramlee bimbang

Pembukaan 99 Speedmart di Lamanda Chuping lonjak potensi hab ekonomi setempat

Elise Mertens clinches singles title at inaugural Singapore Tennis Open

SPOTV launches FIFA+ Zone to celebrate football in Southeast Asia

Filem Limbungan: Tragedi Hitam 1975 berdasarkan kisah sebenar

AI to give healthcare industry a boost

Monitor rapid changes taking place now

Transisi masa seiring usia mengubah diri kita seadanya
Kane vs Lewandowski di Bayern – versi mana lebih hebat?

Menarik apabila membaca perbandingan yang dibuat Kingsley Coman terhadap Robert Lewandowski dan Harry Kane.
Dalam hal itu, dia juga menyebut adalah lebih mudah untuk pemain di atas padang beraksi bersama Kane.
Benda ini memang logik, berdasarkan ciri-ciri berbeza dalam profil dan mentaliti di antara kedua-dua pemain tersebut.
Cuma, apa yang boleh dirumuskan, Lewandowski di Bayern lebih kepada seorang penyerang tipikal yang kerjanya untuk sudahkan segala peluang yang dicipta oleh rakan sepasukan.
Di situ memang kekuatan sebenarnya.
Di Bayern, lebih-lebih lagi ketika era kemuncak, taktikal tidak memerlukan Lewandowski untuk turun secara kerap atau ambil tugas mencipta peluang.
Ini kerana, di sana sudah ada Thomas Muller, Serge Gnabry, dan Leroy Sane untuk melakukan kerja-kerja tersebut dengan lebih efektif.
Kekuatan utama Lewandowski di Bayern dapat dimaksimumkan dengan menjadi titik penting pasukan dalam serangan, memerlukan pemain di sekitarnya untuk tawarkan servis terbaik yang diperlukan bagi menjaringkan gol.
Apa yang disebutkan ini lebih kepada perbincangan corak atau gaya Lewandowski semasa di Bayern sahaja. Itu tidak boleh dijadikan satu kata putus untuk menyatakan bahawa dia tidak tahu untuk terlibat dalam aspek permainan yang lain.
Kalau rujuk Lewandowski di Poland, ciri-ciri yang ditunjukkan berbeza sama sekali.
Kane ketika di Bayern pula kontra terhadap apa yang ditunjukkan oleh Lewandowski. Refleksi terbaik untuk kita faham mengenai Kane adalah dia memang pemain yang lebih versatil dan ‘all-rounder’.
Kalau lagi mudah, peranan Kane ini bukan terbatas sebagai seorang penyudah sahaja kerana dia juga mampu untuk menjadi seorang pencipta, boleh menyumbang dengan baik terhadap pemain di sekelliling.
Kane sejak di Spurs, memang dikenali sebagai penyerang yang ada keupayaan untuk turun ke bawah, berhubung baik dengan rakan sepasukan, tidak terlalu statik dalam satu zon/tempat, dan sejurusnya memang memudahkan kerja pemain lain.
Gaya daripadanya ini yang membenarkan rakan sepasukan untuk lebih menyinar kerana dia tahu untuk cipta ruang, melakukan hantaran yang bijak, serta terlibat dalam pelbagai situasi serangan.
Namun begitu, perlu difahami sama, komen daripada Coman ini bukan semata-mata untuk menilai siapa yang lebih bagus di antara kedua-duanya.
Sama ada Lewandowski atau Kane, kedua-duanya merupakan pemain yang sangat bagus untuk Bayern Munich.
Kane terbukti mampu untuk menjalankan peranannya sebagai seorang penyerang di Bayern dengan cukup baik, menjadikannya sebagai pengganti yang ideal buat Lewandowski.
SUMBER: odfc Malaysia