JUST IN

Watak-watak BoBoiBoy kian berkembang, punyai ‘arc’ masing-masing

by | Jan 21, 2025 | National, News, THE GRAPEVINE

OLEH: NIZAM ABD RAZAK

Antara cabaran utama dalam BoBoiBoy ialah pembahagian ‘screentime’ untuk watak-watak dalam BoBoiBoy.

Permintaan untuk pembangunan watak lain semakin meningkat, dan salah satu cara untuk mengimbanginya ialah dengan memperluas ‘world-building’ serta memberi ruang kepada watak-watak sampingan untuk menjadi protagonis dalam kisah mereka sendiri.

Misi terakhir Papa Zola bersama BoBoiBoy akan berlangsung dalam ‘arc’ Baraju. Selepas itu, Kebenaran akan membawa haluannya sendiri.

Namun, peminat akan dapat bertemu semula dengan Papa Zola dalam Papa Zola The Movie serta Siri Papa Pipi.

Sementara itu, misi terakhir Adu Du sudah berlaku dalam ‘arc’ Gentar. Walaupun Adu Du telah mengucapkan selamat tinggal, buat masa ini tiada perancangan untuk kisah solo Adu Du dan Probe. Namun, masa akan menentukan sama ada Adu Du akan kembali menyertai BoBoiBoy.

Bagi Fang, Yaya, Ying dan Gopal, mereka akan terus bersama BoBoiBoy buat masa ini.

Setiap daripada mereka akan mempunyai ‘arc’ tersendiri yang memberi fokus kepada perkembangan watak mereka. Sebagai contoh, BoBoiBoy Movie 3: Gurlatan akan memberikan fokus utama kepada BoBoiBoy dan Fang.

** Nizam Abd Razak merupakan Pengasas Animonsta Studios

-THE MALAYSIA VOICE

kredit-foto-Animonsta-Studios.jpg

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES