JUST IN
Indian entrepreneurs to benefit from RM100 million allocation
Parents worried over rise in school bus fares
Gardyloo jadi sejarah amalan orang Eropah buang najis dari tingkap
Groundbreaking archaeological discoveries in Turkiye in 2024
Malaysia fast becoming a unique nation
Proton e.MAS 7 Drives Malaysia’s Green Revolution
Lapangan Terbang Haneda Tokyo catat pertumbuhan, kekal di ranking ke-3 paling sibuk di dunia
Annoyance and irritability go hand in hand
National anti-corruption strategy on course
Yeo’s sokong Program Sukan Sekolah KPM, manfaatkan 300,000 pelajar
Menggalakkan gaya hidup aktif melalui program berasaskan makanan sememangnya idea yang cukup menarik. Pengalaman inilah yang dirasai 300,000 murid sekolah rendah dari 400 sekolah di seluruh negara yang menyertai program khas berasaskan pemakanan hasil kerjasama unik antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Yeo Hiap Seng Malaysia (Yeo’s), jenama makanan dan minuman terkemuka.
Program ‘Generasi Hebat dengan Yeo’s SuperSprouts selama setahun di seluruh negara ini dianjurkan di bawah naungan Program Sukan Sekolah KPM , bertujuan memperkasakan kanak-kanak untuk berkembang dan merealisasikan potensi hebat mereka melalui kesihatan, pemakanan dan sukan.
Menekankan kepentingan pengambilan pemakanan harian yang betul untuk kanak-kanak, Ithnin Mahadi dari Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia, berkata, “Amat penting untuk memupuk amalan gaya hidup sihat sejak kecil supaya ia dapat memberi impak dan mengekalkan kesihatan jangka panjang pada anak-anak kita yang sedang membesar. Apabila dilengkapi dengan gaya hidup aktif melalui sukan, kita pasti akan dapat melihat hasil yang positif dalam melahirkan generasi yang lebih sihat.
“Kami berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh sektor swasta seperti Yeo’s untuk Program Sukan Sekolah melalui sumbangan tunai dan penajaan produk. Dengan inisiatif strategik ini, banyak sekolah dapat menikmati program sukan yang lebih berkesan. Kami juga dapat mendekatkan diri dengan murid dan menggalakkan kecemerlangan dalam sukan,” katanya.
Sebagai sebahagian daripada tajaan Yeo’s untuk Program Sukan Sekolah KPM ini, sebanyak 300,000 pek Susu Soya Yeo’s SuperSprouts dihantar ke sekolah supaya murid boleh mendapat manfaat daripada nilai pemakanan susu berasaskan tumbuhan ini.
Selain itu, Yeo’s turut memberi sumbangan tunai sebanyak RM200,000 di samping menaja piala pusingan dan ganjaran pencapaian untuk merangsang gaya hidup aktif dan sihat di sekolah secara kolektif.
Yeo’s juga mengadakan aktiviti menarik pada pengaktifan Hari Sukan Sekolah yang terpilih dengan penampilan maskot Yeo’s SuperSprouts bersama trak minuman bergerak, gerbang kembung, antara lainnya, untuk menambahkan lagi keseronokan acara sukan sekolah.
Renda Low, Pengarah Pemasaran Yeo’s Malaysia berkata, “Kami berbesar hati kerana berpeluang menyokong usaha Kementerian Pendidikan Malaysia selama setahun dengan berkongsi minuman berkhasiat kami untuk kanak-kanak dan menyumbang kepada perjalanan tumbesaran mereka, baik semasa belajar mahupun bermain supaya anak-anak ini boleh menemukan sisi diri mereka yang terbaik.”
-THE MALAYSIA VOICE