JUST IN

Baru sertai 3 hari tidak halang Kinsky muncul wira Spurs benam Liverpool

by | Jan 9, 2025 | News, Sports, World

Antonin Kinsky menjadi tumpuan selepas perlawanan separuh akhir Carabao Cup di antara Spurs dan Liverpool.

Ini bukan nama yang ‘familiar’ dalam media sosial, sama seperti Vicario ketika mula datang ke Premier League.

Apa yang menjadikan penjaga gol baru Spurs ini perbincangan di media?

Bab cerita selepas perlawanan ada orang tanya, “Dia peluk siapa itu?” satu hal. Tapi, paling menarik adalah persembahannya sewaktu bertemu pasukan paling konsisten di Eropah sekarang.

Kinsky berusia 21 tahun, baru sahaja sampai tiga hari lepas selepas berhijrah daripada Slavia Prague.

Kemunculan pertamanya di dalam jersi Spurs mengujakan pemerhati, membolehkannya untuk menerima kredit tertentu selepas perlawanan, lebih-lebih lagi apabila berjaya mengelakkan gawang daripada bolos.

Walaupun bertemu Liverpool dalam ‘debut’, Kinsky tidak menunjukkan sifat gementar, menampilkan ketenangan setiap kali memainkan bola.

Selain daripada keupayaan dalam melakukan penyelamatan di hadapan gol, aspek paling besar yang membawa pemain ini ke Spurs adalah kualiti bola di kali pemain itu.

Umum tahu bagaimana Ange Postecoglou sangat mementingkan penjaga gol yang sentiasa terlibat sama dalam menjana serangan.

Kalau ikut pada perlawanan semalam juga, dia memang ada keupayaan untuk mengawal tekanan dan menyumbang kepada gaya permainan yang diperlukan Spurs.

Bukti-bukti tersebut ada dalam perlawanan.

Dia tidak takut untuk keluar dari tempat yang sepatutnya, mara ke hadapan, dan kemudian pastikan ada progres bola yang baik dari bawah.

Benar, potensinya yang penuh memang tidak boleh diukur berdasarkan satu perlawanan sahaja kerana sampel itu terlalu kecil.

Cuma, untuk penyokong Spurs khususnya, kedatangan penjaga gol baru ini setidaknya mampu untuk mengisi kelompongan di bahagian belakang yang agak kurang meyakinkan.

Berdasarkan pada ‘debut’ Kinsky, tidak salah lagi, ini pilihan terbaik untuk menggantikan Vicario yang sekarang masih belum pulih dari kecederaan.

SUMBER: odfc Malaysia

Kinsky-debut.jpg

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES