JUST IN

Corak permainan mudah dibaca punca Man City kecundang di Villa Park

by | Dec 24, 2024 | Opinions, Sports

OLEH: ODFC

Manchester City (Man City) di bawah Pep Guardiola, biasanya tiada masalah untuk mengatasi blok bertahan lawan menerusi hantaran yang bijak dan ‘positional play’.

Namun begitu, beberapa perlawanan kebelakangan, mereka memang nampak bergelut untuk melakukan penetrasi ke dalam kotak, terutama apabila lawan mula mengenakan pembawakan ‘low block’ semasa defensif.

Dalam aksi di Villa Park, ketika separuh masa pertama, Aston Villa bertahan dengan sangat ‘compact’, dan itu menyukarkan Man City daripada mencari ruang atau mencipta peluang yang berharga.

Masuk separuh masa kedua, pembawakan Villa lebih versatil, tidak hanya bermain secara selamat, kerana mereka juga menunjukkan keupayaan dalam mengawal penguasaan, selain berjaya memainkan hantaran dengan efektif untuk keluar daripada tekanan pemain Man City.

Pep dalam perlawanan ini menamakan kesebelasan utama yang memang cenderung kepada penguasaan bola, memberi lebih fokus kepada kawalan bola berbanding mengenakan gaya permainan yang berisiko.

Corak yang digunakan ini agak kurang dinamik dan mudah dijangka, membuatkan mereka hilang sesuatu yang penting untuk meruntuhkan struktur bertahan Villa.

Man City ada pemain seperti Phil Foden yang memang berupaya dalam mengeksploitasi ruang, tetapi, dia sendiri turut terkesan dengan gaya bertahan tuan rumah.

Isu yang gagal ditangani itu sepatutnya mungkin boleh diselesaikan dengan membawa masuk beberapa nama lain dengan lebih awal.

Jeremy Doku, pemain yang jenis ‘direct’ dan ada kekuatan untuk menewaskan pertahanan dengan gelecekan, hanya mula masuk ketika minit ke 84.

Kevin De Bruyne, salah seorang pemain paling kreatif, sekadar berada di bangku simpanan.

Impak Man City dalam serangan boleh dikatakan sangat kurang, dengan mereka hanya merekodkan 1.03 ‘expected goals’ (xG) sepanjang perlawanan, itupun 1/4 daripadanya disumbang hasil jaringan Foden.

Secara keseluruhan, apa yang Man City alami berdasarkan permasalahan semasa memerlukan satu perubahan yang melibatkan corak permainan mereka sendiri.

Jendela perpindahan Januari ini akan menjadi waktu yang cukup signifikan buat mereka, dengan bayang perlumbaan merebut kejuaraan liga mula kabur sedikit demi sedikit.

SUMBER: odfc Malaysia

Villa-Man-City-CREDIT-PHOTO-Reuters.jpg

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES