JUST IN
Groundbreaking archaeological discoveries in Turkiye in 2024
Malaysia fast becoming a unique nation
Proton e.MAS 7 Drives Malaysia’s Green Revolution
Lapangan Terbang Haneda Tokyo catat pertumbuhan, kekal di ranking ke-3 paling sibuk di dunia
Annoyance and irritability go hand in hand
National anti-corruption strategy on course
Yeo’s sokong Program Sukan Sekolah KPM, manfaatkan 300,000 pelajar
Ring in the Lunar New Year with G-SHOCK’s GST-B400CX-1A
Arte Corp, COBNB to manage short-term stays at Arte Solaris
Amirudin pemimpin masa depan PKR. Benarkah berlaku ‘langkah MB’?
OLEH: NORMAN RADZUAN
Ramainya bertanya mengenai Tengku Zafrul. Jujur saya tak tahu kebenarannya dan dapat tahu pun bila baca di media. Ditanya pula adakah berlaku ‘reshuffle’, pun saya tak tahu walaupun khabar anginnya sangat kuat.
Secara peribadi saya rasa perlu dilakukan segera untuk perbaiki kelemahan yang ada. Yang bagus dikekalkan, yang kurang bagus mungkin tidak sesuai di Kementerian yang disandang, boleh dipindahkan atau diganti.
Jika Pilihan Raya Umum (PRU) penghujung 2027 hanya ada tempoh 36 bulan dan jika PRU penghujung 2026 Kerajaan Madani hanya ada tempoh 24 bulan sahaja lagi untuk meyakinkan rakyat.
Tidak lama pejam celik dah tiba. Jika pimpinan kerajaan ini lalai dan beranggapan orang Melayu kini bersama Pakatan Harapan (PH) ia sangat bahaya.
Semalam ketika duduk santai di luar stadium, saya ditanya apa ‘blueprint’ kerajaan Madani menjelang PRU-16. Saya secara peribadi telah serahkan rangka ‘blueprint’ untuk merangka program yang konkrit. Terpulang. Saya tidak mahu suatu hari nanti ditanya.
Sebab itu saya katakan perlu segera ‘reshuffle’ untuk perkukuhkan lagi keberkesanan menteri-menteri di bawah Perdana Menteri ke-10 (PMX), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PMX ibarat pengurus bola, jika mana-mana pemainnya tidak perform ia mesti ditukar segera. Jika tidak pasukannya akan tewas dalam pertandingan.
Mengenai ‘Langkah MB’, kemasukan Tengku Zafrul ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) kononnya bakal Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari setakat ini masih khabar angin dan saya tidak pasti kebenarannya.
Mungkin teori itu dibuat memandangkan hubungan talian persaudaraan antara Sultan dan Tengku Zafrul diambil kira selain tempoh jawatan Senator Tengku Zafrul akan berakhir.
Dalam senarai menteri terbaik kerajaan Madani, saya sentiasa meletakkan Tengku Zafrul senarai Top 10. Dia memang perform dengan tugasan dipikulnya. Apa-apa pun, Tengku Zafrul mesti berperanan penting dalam kerajaan apabila tamat tempoh Senator nanti.
Amirudin Shaari pula sebenarnya tiada sebab dia perlu diganti tugasannya sebagai Menteri Besar Selangor. Anak muda ini sangat cemerlang di Selangor.
Ramai ahli parti bertanya kepada saya mengenai MB Selangor ini. Antara yang sering ditanya oleh orang parti, siapa yang layak bertanding sebagai Timbalan Presiden, saya pilih Amirudin bersama Rafizi.
Saya beritahu Amiruddin adalah pemimpim pelapis masa depan parti dan negara. Dia seorang intelektual dan hujahnya penuh dengan fakta. Gaya kepimpinannya yang sanggup turun ke padang tanpa protokol memang kriteria seorang pemimpin yang dimahukan orang Melayu.
Saya suka pidatonya yang hebat. Kerja Amirudin saya tidak nampak banyak kelemahannya. Apa-apa pun, kita serahkan kepada kebijaksanaan PMX untuk menyusun pasukannya sebab seorang ketua beliau lebih tahu di mana mahu diletakkan posisi pemainnya.
Kita tunggu 2025 nanti bagaimana. Oh ya, sedikit mengenai rutin setiap 6 bulan saya meletakkan ranking atau Top 10 Menteri terbaik Kerajaan Madani. Rupa-rupanya ada yang berkecil hati pemilihan saya itu.
Beginilah saya memilih mengikut keadaan semasa yang sentiasa berubah-ubah. Acapkali saya katakan, PMX bekerja terlalu kuat dan pantas. Tanpa cuti dan tanpa gaji. Menteri-menteri kena kejar gaya kerja Perdana Menteri.
Jika tidak ia akan tempang atau tidak seimbang yang akhirnya boleh buat kerajaan ini tumbang. Jadi, jangan marah dan berkecil hati. Lagipun saya hanya penulis kecil.
Analisis yang saya buat kerana sayangkan kerajaan ini dan bukan ada musuh atau masalah peribadi dengan sesiapa pun. Yang bagus saya puji, yang tidak bagus saya tegur.
-THE MALAYSIA VOICE
(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)