![Gardyloo jadi sejarah amalan orang Eropah buang najis dari tingkap](https://themalaysiavoice.com/wp-content/uploads/2025/01/gardyloo-IMAGE-FOR-ILLUSTRATION.jpg)
JUST IN
![Gardyloo jadi sejarah amalan orang Eropah buang najis dari tingkap](https://themalaysiavoice.com/wp-content/uploads/2025/01/gardyloo-IMAGE-FOR-ILLUSTRATION.jpg)
![Groundbreaking archaeological discoveries in Turkiye in 2024](https://themalaysiavoice.com/wp-content/uploads/2025/01/ancient-Zeus-in-Aydin-1080x675.jpg)
Groundbreaking archaeological discoveries in Turkiye in 2024
![Malaysia fast becoming a unique nation](https://themalaysiavoice.com/wp-content/uploads/2025/01/IMAGE-FOR-ILLUSTRATION-credit-Edwin-Tan-istockphoto.jpg)
Malaysia fast becoming a unique nation
![Proton e.MAS 7 Drives Malaysia’s Green Revolution](https://themalaysiavoice.com/wp-content/uploads/2025/01/banner-eMAS7-1080x675.jpeg)
Proton e.MAS 7 Drives Malaysia’s Green Revolution
![Lapangan Terbang Haneda Tokyo catat pertumbuhan, kekal di ranking ke-3 paling sibuk di dunia](https://themalaysiavoice.com/wp-content/uploads/2025/01/Haneda-Airport-CREDIT-PHOTO-Japan-Starts-Here-1080x675.jpg)
Lapangan Terbang Haneda Tokyo catat pertumbuhan, kekal di ranking ke-3 paling sibuk di dunia
![Annoyance and irritability go hand in hand](https://themalaysiavoice.com/wp-content/uploads/2025/01/annoy-IMAGE-FOR-ILLUSTRATION-credit-Getty-1080x675.jpg)
Annoyance and irritability go hand in hand
![National anti-corruption strategy on course](https://themalaysiavoice.com/wp-content/uploads/2025/01/SPRM-GAMBAR-HIASAN-kredit-TVS.jpg)
National anti-corruption strategy on course
![Yeo’s sokong Program Sukan Sekolah KPM, manfaatkan 300,000 pelajar](https://themalaysiavoice.com/wp-content/uploads/2025/01/Susu-Soya-Yeos-SuperSprouts-1080x675.jpg)
Yeo’s sokong Program Sukan Sekolah KPM, manfaatkan 300,000 pelajar
![Ring in the Lunar New Year with G-SHOCK’s GST-B400CX-1A](https://themalaysiavoice.com/wp-content/uploads/2025/01/Banner_GST-B400CX-1A_PC-1080x675.jpg)
Ring in the Lunar New Year with G-SHOCK’s GST-B400CX-1A
![Arte Corp, COBNB to manage short-term stays at Arte Solaris](https://themalaysiavoice.com/wp-content/uploads/2025/01/Picture-1_-L-R-_-Joan-Goh-Head-of-Sales-and-Marketing-of-Arte-Corp-Glenn-Wong-Co-Founder-of-COBNB-Malaysia-1080x675.jpg)
Arte Corp, COBNB to manage short-term stays at Arte Solaris
Kerjasama Diolko, Prasarana perkukuh kemampanan evolusi landskap pengangkutan negara
![Diolko-Prasarana.jpg](https://themalaysiavoice.com/wp-content/uploads/2024/12/Diolko-Prasarana-scaled.jpg)
Diolko, peneraju penghantaran perbatuan akhir yang mampan, mengalu-alukan kehadiran Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Presiden Kumpulan Prasarana, Mohd Azharuddin Mat Sah, di hab syarikat dalam rangka lawatan turun padang mereka, semalam.
Lawatan tersebut menyerlahkan peranan penting Diolko dalam memajukan penyelesaian logistik yang mampan, dan mencerminkan komitmen kerajaan terhadap aspek kemampanan serta evolusi landskap pengangkutan negara.
Dalam lawatan tersebut, pihak Diolko berpeluang menjelaskan proses penghantaran menyeluruhnya yang inovatif terutama sekali penggunaan troli istimewa yang direka khusus untuk digunakan dalam sistem rel bandar bagi pengangkutan barangan yang cekap.
Sebagai teknologi yang julung-julung kali diperkenalkan di Asia Tenggara, Diolko menggunakan infrastruktur bandar sedia ada untuk memberikan perkhidmatan yang cekap dan mesra alam di samping menangani masalah kesesakan trafik dan pelepasan karbon.
Inisiatif ini yang merupakan program perintis dengan kerjasama Prasarana dan berlangsung dari Julai 2024 hingga Januari 2025, menyerlah komitmen Diolko untuk merevolusikan sistem logistik bandar. Ia menyepadukan sistem landasan Rapid KL di stesen-stesen utama merangkumi Stesen Putra Heights (LRT Laluan Sri Petaling), Ara Damansara (LRT Laluan Kelana Jaya) dan Awan Besar (Laluan Sri Petaling).
Bagi tujuan ini, Diolko menawarkan perkhidmatan penghantaran yang dipercayai dan sentiasa melepasi jangkaan pengguna dengan memanfaatkan kapasiti serta kadar kekerapan sistem pengangkutan awam yang tinggi. Penyepaduan teknologi hab maya dan kenderaan elektrik membolehkan pengendalian jumlah barangan yang besar, mengurangkan jejak karbon pengguna dan memenuhi sasaran kemampanan.
Pada masa ini, Diolko beroperasi pada kapasiti 2,500 bungkusan sebulan dan merancang untuk mengendalikan sehingga 75,000 bungkusan setiap bulan dalam tempoh enam bulan.
Perkongsian strategik dengan platform e-dagang, penyedia perkhidmatan e-pemenuhan dan jenama-jenama utama yang selari dengan matlamat Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) merupakan kunci kejayaan Diolko.
Kerjasama ini memacu penerimagunaan penyelesaian perbatuan akhir yang mampan, dan memberi manfaat kepada sektor perniagaan, pengguna serta alam sekitar.
-THE MALAYSIA VOICE