JUST IN
Indian entrepreneurs to benefit from RM100 million allocation
Parents worried over rise in school bus fares
Gardyloo jadi sejarah amalan orang Eropah buang najis dari tingkap
Groundbreaking archaeological discoveries in Turkiye in 2024
Malaysia fast becoming a unique nation
Proton e.MAS 7 Drives Malaysia’s Green Revolution
Lapangan Terbang Haneda Tokyo catat pertumbuhan, kekal di ranking ke-3 paling sibuk di dunia
Annoyance and irritability go hand in hand
National anti-corruption strategy on course
Gagal komunikasi, maka rosaklah kredibiliti kerajaan
OLEH: PROF. DATO’ DR. ABDUL MUA’TI AHMAD
Baru-baru ini timbul isu yang menarik perharian ramai berkaitan rombongan Perdana Menteri ke-10 (PMX), Datuk Seri Anwar Ibrahim ke luar negara.
Mula-mula, media melaporkan PMX kata lawatan beliau dan rombongannya ke luar negara ditaja 70 hingga 80 peratus oleh syarikat swasta. Kemudian Menteri Komunikasi kata lawatan dibiayai dana kerajaan. Kemudian, tidak lama selepas itu media melaporkan pula PMX kata lawatan beliau ke luar negara tidak melibatkan pembiayaan syarikat swasta.
Yang mana satu ni? Pening dah kami yang baca laporan media.
Saya belajar Komunikasi Politik dulu, ada dua jenis pengurusan yang perlu dibuat oleh seseorang Pengurus Komunikasi. Yang pertama, pengurusan maklumat. Yang kedua, pengurusan media.
Pengurus komunikasi perlu pastikan keesahan maklumat sebelum disebarkan. Pastikan segala fakta benar dan sahih, sesuai dengan polisi, hasrat dan iltizam Kerajaan Madani, barulah disebarkan kepada rakyat jelata.
Pengurus Komunikasi juga perlu mengurus media, bukan bermaksud mengawal tetapi memastikan media melaporkan maklumat yang tepat dan berada dalam landasan yang didizinkan undang-undang.
Media yang memutarbelitkan kenyataan atau membawa maklumat yang kabur dan keliru perlu diberi amaran dan perlu betulkan semula hebahan.
Di negara ini semua media konvensional sama ada bercetak, dalam talian atau elektronik dikawal. Media sosial pun di bawah kawalan SKMM. Jadi pengurusan media bukanlah sesuatu yang mustahil.
Pengurus Komunikasi adalah lidah kerajaan dan Perdana Menteri. Jika berlaku krisis, maka perlu gerakkan komunikasi krisis dengan segera.
Sebarang kegagalan menguruskan komunikasi dengan baik akan menyebabkan kerosakan kredibiliti kerajaan pada pandangan mata rakyat. Komunikasi ini sangat berkait rapat dengan persepsi rakyat. Jangan buat tak tentu arah.
-THE MALAYSIA VOICE
** Abdul Mua’ti Ahmad merupakan penganalisis politik dan pakar Bahasa Melayu
(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)