JUST IN
Indian entrepreneurs to benefit from RM100 million allocation
Parents worried over rise in school bus fares
Gardyloo jadi sejarah amalan orang Eropah buang najis dari tingkap
Groundbreaking archaeological discoveries in Turkiye in 2024
Malaysia fast becoming a unique nation
Proton e.MAS 7 Drives Malaysia’s Green Revolution
Lapangan Terbang Haneda Tokyo catat pertumbuhan, kekal di ranking ke-3 paling sibuk di dunia
Annoyance and irritability go hand in hand
National anti-corruption strategy on course
Sushi Sebenarnya Berasal Dari China?
OLEH: FARAHI KAMARUDDIN
Entah kenapa pagi ini terasa seperti hendak makan sushi pula. Dan, tiba-tiba terfikir, apa sejarah di sebalik makanan Jepun yang sangat popular ini. Namun, tahukah kalian, yang sebenarnya, sushi ini bukan makanan asal Jepun, tapi berasal dari China!
Jika anda nak tahu, nenek moyang sushi yang pertama adalah daripada China purba, iaitu dalam satu kamus Cina abad kedua ada menerangkan sushi sebagai ‘ikan dan nasi’. Ikan masin yang ditapai dengan nasi adalah hidangan biasa di sepanjang Sungai Yangtze di selatan China. Kawasan ini merupakan salah satu pusat penanaman padi terawal, dan menapai ikan dengan beras merupakan teknik pengawetan yang penting.
Walau bagaimanapun, sushi asli dari selatan China sangat berbeza dengan sushi hari ini. Ia telah ditapai dengan banyak dan diasinkan, dan dibiarkan diawet lebih dari setahun berbanding dimakan segar. Tetapi jelaslah bahawa konsep asas ikan dan nasi sebagai hidangan berasal dari China.
Sushi ini telah ‘membesar’ dan berkembang di Jepun. Ia diperkenalkan ke Jepun dari China sekitar abad ke-8 Masehi. Ketika ini, ia dipanggil narezushi. Orang Jepun mula bereksperimen dengan hidangan itu, memendekkan masa penapaian kepada beberapa minggu sahaja.
Orang Jepun menyesuaikan hidangan itu selama berabad-abad untuk mencipta gaya sushi yang lebih pantas, segar dan mempunyai cuka. Pada zaman pertengahan Jepun, sushi dihasilkan sama ada ditapai atau dimakan segar.
Menjelang abad ke-15, tempoh penapaian telah dikurangkan kepada beberapa hari sahaja. Cuka digunakan untuk menyedapkan nasi. Sushi bercuka yang lebih cepat ini dianggap sebagai asal usul sushi moden. Dan pada awal abad ke-19, sushi telah dimakan sepenuhnya segar, tanpa sebarang penapaian.
Ketika zaman Edo pada abad ke-17 hingga abada ke-19, sushi terus berkembang di Jepun. Nigiri sushi, sushi yang ditekan dengan tangan yang terdiri daripada sebola nasi dengan ikan atau topping lain, menjadi popular.
Chef sushi juga mula menghias kepingan sushi sebagai satu bentuk kesenian kulinari. Pada abad ke-19, gerai-gerai sushi muncul di sekitar Edo (sekarang Tokyo) yang menyajikan sushi yang pantas dan sedia untuk dimakan kepada orang ramai.
Pada abad ke-20, sushi tersebar dari Jepun ke seluruh dunia. Restoran sushi mula muncul di bandar seperti Los Angeles dan New York bermula tahun 1960-an. Menjelang 1980-an, sushi semakin popular sebagai makanan segera yang sihat. Dan menjelang awal 2000-an, sushi adalah fenomena global.
Mengimbas sejarah lebih 1,200 tahun sushi, kita dapat lihat yang hidangan ini telah berkembang daripada menjadi cara mengawet ikan dalam jangka masa yang panjang, kepada menjadi antara makanan yang paling tidak boleh diawet yang terdapat pada hari ini. Nigiri yang dihidangkan di kedai sushi mesti dimakan segera untuk meikmatinya.
Banyak jenis sushi yang berbeza, setiap satu mencerminkan pelbagai tempat dan wilayah, masih dibuat di Jepun hari ini. Gabungan asal-usul dari Cina dan inovasi Jepun yang membentuk sushi inilah yang membuatkannya unik dalam masakan dunia hari ini.
SUMBER: The Patriots