JUST IN

Watak Les Grossman bantu lonjak nama Tom Cruise. ‘Spin-off’’ bakal menyusul?

by | Sep 2, 2024 | News, Opinions, THE GRAPEVINE, World

OLEH: NIZAM BHRN

Mungkin ramai kurang tahu, tapi sekitar tahun 2006 sebenarnya nama Tom Cruise makin malap. Disebabkan oleh penglibatan dia dalam agama Scientology dan kemudian ditambah pula temu bual kontroversinya bersama Oprah (sesiapa yang pernah tengok Scary Movie 4 pasti tahu perkara yang penulis maksudkan). Dia kemudiannya tidak disambung kontrak eksklusif bersama Paramount Studio.

Jadi tak banyak filem yang mahu ambil dia berlakon. Kemudian, Ben Stiller datang dengan skrip Tropic Thunder. Ramai tidak tahu yang watak utama filem tersebut, Tugg Speedman asalnya dicipta khas untuk Tom Cruise.

Ya, Ben Stiller asalnya hanya mahu berlakon menjadi watak ejen sahaja, Rick Peck (yang kemudiannya bertukar kepada Owen Wilson sebelum akhirnya sampai ke pangkuan Matthew McConaughey).

Sewaktu perbincangan, idea untuk mewujudkan watak Grossman sebenarnya timbul daripada Cruise sendiri. Kemudian, disebabkan Tom Cruise yang agak sibuk, Stiller akhirnya memegang watak Speedman.

Namun tidak lama selepas itu, Cruise kembali berhubung dengan Stiller sebab katanya dia sangat suka skrip Tropic Thunder. Dan disebabkan ketika itu masih tiada pelakon yang sudah diambil untuk watak Les Grossman, Tom Cruise memaklumkan dia mahu berlakon menjadi watak berkenaan.

Dia juga yang mencadangkan nak pakai ‘fat suit’ dan menari untuk babak kredit penamat. Dan selebihnya, bak kata mereka, “the rest is history.”

Tahun lepas, dengar khabar Jack Black sedang dalam usaha untuk berlakon lagi sebuah filem komedi bersama Cruise. Sama ada kembali membawa watak masing-masing dalam Tropic Thunder atau filem dengan watak baru.

Sumber: Movie Addict MY

(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)

Tom-Cruise.jpg

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES