Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN
ACE Malaysia Squash Cup 2024 Launches with Record Malaysian Participation
Diverse Achievements Celebrated in 11th Propertyguru Asia Awards Malaysia in Partnership with iProperty
Rapid KL to Migrate My50 Unlimited Ride Pass from MyKad to Alternative Payment Methods, Including TNG Cards
NGV vehicles to be phased out by next year
Restoration needed for old Kuala Lumpur
Generali dan UNDP Mengumumkan VSure Tech sebagai Pemenang “Dana Cabaran Inovasi Insurans”
Stop all politicisation of education
A toned down and muted Diwali
KLTA to Embrace ASEAN Chairmanship and VMY2026 with Exciting Events and Programs
Kerjasama Suruhanjaya Tenaga dan SME Corp libatkan program pembangunan PMKS
Suruhanjaya Tenaga (ST) bersama SME Corp Malaysia (SME Corp) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Bangunan Berlian ST, hari ini. MoU ini bertujuan untuk memperluas dan meneruskan hubungan kerjasama antara kedua-dua belah pihak.
Antara bidang kerjasama yang dihasratkan dalam MoU ini merangkumi pelaksanaan aktiviti bersama bagi program-program pembangunan yang melibatkan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta perkongsian maklumat kepada pemegang taruh bagi memastikan polisi dan program-program yang dipersetujui dapat dilaksanakan secara efektif.
Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga, Datuk Ir. Ts Abdul Razib Dawood berkata, ST sebagai badan kawal selia sektor tenaga negara berharap supaya pemeteraian MoU ini akan dapat meningkatkan lagi kerjasama kedua-dua belah pihak.
“Hal ini terutamanya yang melibatkan program pembangunan PMKS, yang turut merangkumi program-program kesedaran kecekapan tenaga dan keselamatan elektrik dan gas berpaip di kalangan PMKS,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy berkata, pihaknya sebagai Agensi Penyelaras Pusat dalam pembangunan PMKS boleh membantu meningkatkan kesedaran mengenai program berkaitan kecekapan tenaga menerusi kementerian dan agensi yang terlibat.
“Pengurusan Tenaga merupakan salah satu petunjuk asas dalam menilai amalan Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam kalangan PMKS berdasarkan Panduan Pantas ESG untuk PMKS yang telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 5 Februari 2024 lalu,” ujarnya.
-THE MALAYSIA VOICE