Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN
Unite in Celebration: The 15th Latin American Festival in the Heart of Kuala Lumpur
Travel Frustrations: Malaysians Call for Change in Hotel Check-In and Check-Out Policies
“Pride always goes before a fall”
GIBSH abuses sparks fears of Islamophobia
Kerajaan persekutuan dan negeri kukuh kerjasama sains, teknologi dan inovasi negara
Malaysia Ringgit Strengthens Against the Dollar
MKR lancar traktor EV pertama Malaysia, jalin kerjasama untuk solusi pertanian pintar
The challenge of plastic waste facing Malaysia
Unifor a symbol of Sarawak’s unity
Peminat bola sepak Malaysia digesa elak siaran haram Liga Perdana
Para pemain Liga Perdana dari kelab-kelab termasuk Manchester United dan Liverpool mengetuai kempen ‘Anti Cetak Rompak’ terkini bagi Liga Perdana untuk meningkatkan kesedaran para peminat Malaysia tentang risiko dan kesan negatif akibat penstriman di laman web tidak rasmi.
Kempen yang memasuki musim keempat di Malaysia yang dilancarkan pada hari ini menampilkan bintang-bintang Liga Perdana termasuk Casemiro (Manchester United), Diogo Jota (Liverpool), Julio Enciso (Brighton & Hove Albion), Abdoulaye Doucouré (Everton) dan Taiwo Awoniyi (Nottingham Forest).
Menerusi siri video yang akan dipaparkan di saluran-saluran digital, para pemain menekankan bahawa mereka yang strim perlawanan-perlawanan di laman web tidak rasmi menerusi peranti penstriman akan mendedahkan diri terhadap ancaman serangan siber termasuk perisian jahat dan perisian perosak. Selain dari risiko penipuan dan kecurian data peribadi, laman-laman web tidak rasmi ini juga berkemungkinan besar hanya menawarkan siaran berkualiti rendah yang tidak boleh dipercayai.
Liga Perdana sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan di seluruh Asia dan dunia untuk mengambil tindakan terhadap pengendali laman-laman web tidak rasmi dan pembekal peranti penstriman haram. Kerjasama ini merupakan usaha berterusan dengan penguatkuasaan undang-undang Malaysia untuk mendakwa semua pengendali peranti siaran haram.
Peguam Besar Liga Perdana, Kevin Plumb berkata, “Kami faham semangat peminat bola sepak Liga Perdana di Malaysia dan juga di seluruh Asia. Melalui kempen ‘Anti Cetak Rompak’ ini, kami akan terus mengingatkan peminat bola sepak tentang risiko menonton perlawanan melalui laman-laman web tidak rasmi supaya kami boleh mencegah segala kesulitan.
“Kami menasihatkan peminat bola sepak Malaysia untuk berjaga-jaga dengan laman-laman web tidak rasmi dalam talian, melindungi keselamatan data mereka dan menonton bola sepak Liga Perdana dengan selamat dalam kualiti yang terbaik melalui rakan siaran rasmi kami,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Liga Perdana juga bekerjasama dengan rakan siaran tempatan, Astro dalam kempen ‘Anti Cetak Rompak’ di Malaysia.
Kempen ini akan dipaparkan menerusi saluran-saluran penyiaran, media sosial, laman web dan YouTube di Malaysia, Singapura, Indonesia, Hong Kong, Thailand dan Vietnam.
-THE MALAYSIA VOICE