JUST IN

Mencorak masa depan landskap industri minuman di Malaysia

by | Dec 20, 2023 | Business, LOCAL, Opinions | 0 comments

OLEH: JOHN JOSE

Industri makanan & minuman di Malaysia telah dikenal pasti sebagai pasaran yang pesat membangun dan antara penyumbang utama kepada ekonomi negara. Menurut pakar, industri ini akan terus berkembang dengan baik, diunjur menyumbang peningkatan sebanyak 8% kepada KDNK pada tahun ini. Ia menyusuli pertumbuhan yang memberangsangkan sebanyak 22% pada tahun 2022, yang bersamaan dengan RM35.2 bilion.

Dorongan utama di sebalik pertumbuhan ini merangkumi pemulihan dalam corak perbelanjaan pengguna dan pelancong, yang turut disokong oleh peningkatan pendapatan dan permintaan tenaga buruh. Walaubagaimanapun, terdapat cabaran yang masih wujud, seperti potensi berlakunya kemelesetan ekonomi global yang boleh membuat pengguna menjadi lebih berhati-hati. Kenaikan inflasi dan keadaan kewangan yang semakin tegang juga boleh memberi kesan terhadap sentimen pengguna.

Perniagaan yang melakukan penyesuaian berdasarkan keutamaan pengguna dalam era pasca-pandemik ini, dengan memberikan tumpuan kepada kesihatan dan pemakanan, telah menjadi satu aspek yang sangat penting bagi kejayaan dalam dunia moden ini. Ini bukan sekadar melibatkan mengikuti tren semasa, tetapi juga menjadi peneraju dalam membawa perubahan, termasuk menghadapi cabaran-cabaran baru dan merumuskan strategi pertumbuhan yang efektif dalam persekitaran yang penuh dengan persaingan tinggi.

Keutamaan dan Trend Pengguna

Kajian terkini oleh Tetra Pak yang melibatkan 5,000 pengguna dan pakar global telah membuka tirai terhadap satu hubungan menarik antara jangkaan pengguna dan kemajuan teknologi dalam industri Makanan dan Minuman (F&B). Tetra Pak Index 2023 menunjukkan peralihan yang signifikan dalam industri ini ke arah era bebas gula, segmen pengguna terbesar yang memberikan penekanan kepada kesihatan dan pemakanan. Keinginan untuk memilih alternatif yang lebih sihat telah menjadi pendorong utama untuk inovasi, mendorong syarikat-syarikat untuk menyuntik pelaburan yang besar ke dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan.

Namun begitu, aspek yang paling transformatif dalam peralihan ini melangkaui keinginan orang ramai untuk mengurangkan pengambilan gula — ia menandakan permulaan sebuah era pemakanan yang tersuai. Ini bukan satu trend semata-mata; ia melambangkan satu peralihan yang membentuk asas baharu dalam jangkaan pengguna. Pelbagai jenama kini menyesuaikan resipi mereka untuk kumpulan demografi tertentu berdasarkan faktor-faktor seperti usia dan keadaan kesihatan. Penekanan ke atas ‘penyesuaian’ mencerminkan komitmen untuk memenuhi keperluan pengguna yang unik dan pelbagai.

Walau apa pun manfaat kesihatan yang dapat diberikan oleh suatu produk, pengguna tidak akan mengkompromikan rasa produk tersebut. Oleh itu, penekanan perlu diberikan untuk merumus produk-produk yang memenuhi standard kesihatan, serta menepati kepuasan rasa pengguna. Kesetaraan kos juga merupakan keperluan bagi produk makanan baru, maka keseimbangan antara inovasi dan aksesibiliti juga perlu diberi perhatian yang tinggi.

Pandangan Masa Hadapan

Melihat trend global ke arah gaya hidup sihat, perniagaan F&B boleh mencapai pengguna yang mementingkan kesihatan dengan menyesuaikan produk-produk yang mereka tawarkan. Tetra Pak bukan sahaja membangunkan sesuatu produk, kami juga mempromosikan kemitraan kolaboratif dengan pengguna. Kami memberi penekanan pada perkongsian pandangan yang bernilai, menggalakkan pendekatan kolaboratif untuk menangani dengan berkesan keperluan pasaran yang terus berubah.

Salah satu inisiatif Tetra Pak, Tastebud Tourism, mencerminkan tekad ini melalui aktiviti pemberian sampel yang melibatkan 100 peserta dari kawasan Lembah Klang. Aktiviti ini bermatlamat untuk meneroka perisa-perisa yang baharu lagi menarik dalam susu berperisa serta minuman berasaskan tumbuhan. Ia telah menunjukkan bahawa golongan muda di Malaysia lebih cenderung memilih perisa-perisa semula jadi dan mengelakkan minuman yang terlalu manis. Di samping itu, terdapat kecenderungan yang semakin meluas ke arah produk-produk yang menawarkan manfaat tambahan, misalnya protein.

Daripada aktiviti tersebut juga kita dapat mempelajari bahawa dalam bab perisa coklat, pengguna kini lebih memilih pilihan yang kurang manis dan lebih meminati ramuan-ramuan semula jadi dalam bentuk gandingan dengan buah-buahan seperti coklat raspberi atau coklat oren, atau juga gandingan coklat dengan kekacang seperti kacang hazel atau badam.

Penemuan daripada Tastebud Tourism ini adalah sejajar dengan trend global yang telah dirumuskan dalam Tetra Pak Index 2023. Inisiatif seperti Tastebud Tourism menekankan komitmen syarikat ini untuk membantu jenama menyediakan produk-produk yang bersesuaian dengan cita rasa pengguna yang kian berubah, meletakkan Tetra Pak di tampuk industri F&B yang dinamik ini.

-THE MALAYSIA VOICE

** John Jose merupakan Pengarah Pemasaran Malaysia, Singapura, Indonesia, dan Filipina bagi Tetra Pak

(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)

Beverage-Packaging-IMAGE-FOR-ILLUSTRATION.jpg

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES