OLEH: BRADER FILEM
Real Steel merupakan filem arahan Shawn Lavy, ditunjangi oleh Hugh Jackman, Dakota Goyo dan Evagenline Lilly, yang diterbitkan pada tahun 2011.
Mengisahkan tentang kehidupan Charlie Kenton, yang merupakan seorang bekas petinju yang gagal dalam hidupnya. Charlie kerapkali kalah dalam pertarungan tinju robot yang disertainya. Pada saat itu, anak lelakinya, Max hadir semula dalam hidupnya setelah berpisah dengan isteri.
Max telah menjumpai bangkai robot yang terbuang. Kemudian mereka membaikinya sehingga pulih dan menyertai pertandingan tinju robot. Tanpa disangka, robot itu telah berjaya memenangi perlawanan yang disertai. Robot yang diberi nama Atom, telah berjaya memenangi satu demi satu perlawanan.
Sehinggalah, Atom menyertai pertandingan tinju robot profesional. Prestasi cemerlang Atom, telah melayakkannya ke pusingan akhir. Walaupun tewas kiraan mata di pusingan akhir, namun Atom telah berjaya memenangi ribuan hati penonton, kerana kelasakannya berhadapan robot yang moden dan canggih.
Perjalanan plot filem ini telah memaparkan elemen kasih sayang antara bapa dan anak. Ini dapat dilihat ketika hadirnya Atom dalam hidup mereka. Kehadiran Atom bukan saja telah memberi sinar dan harapan baru buat Charlie. Malah telah menyatukan hubungan kasih sayang antara Charlie dan Max.
Rasa terharu akan hadir dalam jiwa penonton, disaat Max menitis air mata gembira, apabila melihat bapanya kembali bersemangat. Ketika Atom sedang bertarung di pusingan akhir. Charlie telah mengawal Atom dengan penuh bersemangat seperti sang juara.
Real Steel memperuntukkan modal penerbitannya sebanyak 110 juta USD, dan berjaya mengutip kutipan ‘box office’ sebanyak 299.3 juta USD sepanjang tayangannya.
-THE MALAYSIA VOICE
(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)