OLEH: BRADER FILEM
Ghajini adalah sebuah filem lakonan pelakon popular Bollywood Aamir Khan, dibantu oleh pelakon wanita Bollywood iaitu Asin dan Jiah Khan. Filem yang bergenre action thriller ini merupakan arahan A.R Murugados yang diterbitkan pada tahun 2008.
Ghajini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Sanjay Singhania. Dia telah terlibat dengan suatu tragedi yang amat perit. Apabila teman wanitanya dibunuh didepan mata. Malah dia turut dipukul dibahagian kepala sehingga menyebabkan dia hilang ingatan setiap 15 minit.
Akibat penyakit antrograde amnesia ini, meyebabkan Sanjay menderita dalam hidupnya walaupun tubuh badannya sembuh sepenuhnya. Namun, pertemuannya dengan seorang gadis bernama Sunita telah mengubah segalanya.
Persahabatannya dengan Sunita akhirnya membongkar segala kegiatan jahat dan identiti pembunuh yang dicari selama ini, iaitu Ghajini. Sanjay akhirnya berjaya membalas dendam diatas kematian kekasihnya, dengan melakukan tindakan yang sama terhadap penjenayah.
Bagi Brader, filem ini agak unik dan menarik. Plot yang dipaparkan sangat kemas, aksi yang hebat dan lakonan para pelakon yang mantap. Aamir Khan berjaya membawa watak seorang lelaki psiko yang menderita akibat tregedi dahsyat yang dialami.
Filem ini telah menelan belanja sebanyak 65 crore dan mendapat kutipan box office sebanyak 232 crore. Ghajini juga telah memenangi beberapa anugerah, antaranya Filmfare Best Action Award, Filmfare Best Fimale Debut Award, IIFA Best Villain Award, IFFA Best Fimale Debut dan Stardust Hottest New Filmmaker.
SUMBER: Bollywood Pilihan Brader Filem
-THE MALAYSIA VOICE
(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)