JUST IN

1 daripada 3 belia di Malaysia bergelut dengan keyakinan diri

by | Oct 19, 2023 | Beauty & Health, Business, Local, National, News | 0 comments

Tinjauan yang dijalankan oleh Haircarebear, jenama suplemen terkemuka Australia untuk rambut, kulit dan kuku, baru-baru ini mendapati bahawa satu daripada tiga rakyat Malaysia bergelut dengan isu keyakinan diri berkaitan dengan penampilan mereka.

“Di Haircarebear, kami percaya bahawa setiap individu adalah unik dengan cara mereka yang tersendiri dan boleh ‘bersinar’ dengan penampilan keunikan masing-masing.

“Dengan kerjasama rakan peruncit kami, Watson Malaysia, kami berharap untuk meningkatkan keyakinan diri dari kalangan belia Malaysia dengan membentuk perspektif dalaman yang dan menyokong anak-anak muda untuk membina asasi yang sihat untuk masa depan yang bertenaga,” kata Pengasas Haircarebear, Jimmy Seervai, yang merupakan salah seorang finalis MasterChef Australia yang mempunyai latar belakang dalam bidang pembuatan makanan.

Dalam tinjauan itu, apa yang mengejutkan ialah walaupun ramai generasi muda yang yakin dengan penampilan mata mereka, perbelanjaan untuk penjagaan mata adalah paling rendah.

Manakala, sifat wajah muncul sebagai faktor kedua paling utama yang mempengaruhi keyakinan, dengan 45 peratus responden meletakkan ciri-ciri muka sebagai sifat fizikal yang paling menarik.

Selain itu, tinjauan tersebut turut menunjukkan bahawa rakyat Malaysia lebih cenderung untuk mencari keyakinan dan inspirasi dari media sosial dan rakan sebaya, dan mengutamakan pendapat mereka berbanding keluarga.

Bagi menerokai perspektif belia terhadap kedalaman keyakinan diri dan kaitannya dengan sifat fizikal, satu sesi perbincangan panel yang dikendalikan oleh Alexis Sueann telah diadakan, dan disertai oleh personaliti berpengaruh – model dan penyanyi, Juwei Teoh, pelakon dan pempengaruh sosial, Sharifah Rose, dan Pengasas Haircarebear, Jimmy Seervai, pada majlis pelancaran rasmi semalam.

Perbualan panel tersebut mengikuti topik penting berkaitan tanggapan peribadi dan orang ramai mengenai keyakinan, dan menyelami perbezaan antara peranan keluarga, pengalaman, dan jangkaan masyarakat.

Rangkaian produk Haircarebear yang disahkan halal mendefinisikan semula penjagaan diri dengan rasa ‘gummy’ yang enak. ‘Gummy’ yang didatangkan dalam varian rendah gula dan tanpa gula ini mengutamakan penyerapan nutrien yang pantas, rasa yang enak, mesra pengguna, dan berkesan untuk meningkatkan kecantikan dalaman dan kesihatan secara keseluruhannya. Ini sangat berguna terutamanya bagi mereka yang tidak gemar atau menghadapi kesukaran untuk menelan pil.

-THE MALAYSIA VOICE

gummies.jpg

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES