JUST IN

‘Mini Hong Kong’ akhirnya dilelong

by | Oct 13, 2023 | Business, National, News, Opinions, Properties | 0 comments

OLEH: ZAM HARTANAH

“Projek baru siap, dah ada unit ‘mini Hong Kong’ bakal dilelong bermula RM459k” – Residensi M Vertica

Apa dah jadi? Projek baru je siap beberapa unit sudah tak mampu dibayar dan dilelong.

Menerusi perkongsian laman sesawang Auctionpro.my terdapat 2 unit akan dilelong dalam masa terdekat.

Mengikut capaian saya di laman sesawang ‘homes.trovit.my’ pula terdapat lebih kurang 85 unit diiklankan untuk dijual.

Pemaju terpaksa bila rumah tinggi sebab tamak dengan keuntungan berlipat kali ganda berbanding jual rumah atas tanah.

Mangsanya adalah ke arah pembeli yang rata-rata tiada ilmu yang mudah terpedaya dengan tawaran dan ‘hype news’ yang dibawa oleh pemaju.

Tak tahu apa nak cakap.

Secara keseluruhan terdapat 3,684 unit dibina pemaju dalam satu tempat yang sangat kompak dan kepadatan yang agak terlalu tinggi. Dah boleh cadang tubuhkan 1 DUN.

Masalah tempat letak kereta dan trafik dijangka akan jadi masalah utama. Begitu juga dengan masalah sosial yang akan berlaku.

KPKT dan pihak berkuasa tempatan (PBT) patut lebih peka dengan kesan ‘domino effect’ yang bakal melanda. Bukan sekadar memikirkan untung besar dari kutipan cukai semata-mata.

Menerusi kajian saya, bayaran ‘Maintenance Fees’ bermula RM297 sehingga RM350 sebulan dan perlu bayar sampai bila-bila. Kutipan ‘Maintenance Fees’ cecah 1.1 juta sebulan. Wah!

“Dah macam setinggan bertingkat pula saya tengok bang,” kata isteri saya.

Jangan sudah terhantuk baru terngadah. Lebih baik kita tepuk dada tanya selera.

Bayangkan jika berlaku kerosakan lif dan fenomena kebakaran. Tidakkah ianya menyukarkan penduduk?
Adakah unit ini akan dipenuhi warga asing?

Adakah kita mahu jadi seperti Hong Kong?

Dari sudut lain, saya nampak peluang besar jana ekonomi buat kawasan sekitar, apabila wujud hampir 4,000 unit rumah di sini.

Kalau anda diberi pilihan, adakah beli rumah begini 499k, ‘monthly maintenance’ RM300 dengan kepadatan 4,000 unit, rumah paling tinggi.

Atau, anda beli ‘landed’ 499k di kawasan Klang, Shah Alam, Puncak Alam?

-THE MALAYSIA VOICE

(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)

M-Vertica-KL.jpg

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES