JUST IN

Pochettino sempat perli Spurs, mahu menang semua piala domestik dengan Chelsea

by | Sep 1, 2023 | NEWS, Sports, WORLD | 0 comments

OLEH: AXELLO TACTS

Mauricio Pochettino berazam untuk mengisi kabinet Chelsea penuh dengan trofi musim ini ketika The Blues bersiap sedia untuk menghadapi AFC Wimbledon dalam pusingan kedua Piala Carabao, baru-baru ini.

Pochettino juga secara licik sempat menyindir Spurs. Di mana menurutnya ketika di Spurs dia tidak pernah menyatakan dia mahu memenangi apa apa.

Namun di Chelsea berbeza. Dia mahu menjuarai semua piala yang mereka bertanding musim ini kerana cita cita kelab Chelsea yang berbeza dengan Spurs.

Memandangkan Chelsea tidak bermain di Eropah, Pochettino mensasarkan kejuaraan treble domestik musim ini.

Mauricio Pochettino telah mengisytiharkan bahawa dia mahu memenangi Liga Perdana, Piala FA dan Piala Carabao bersama Chelsea musim ini.

Walaupun The Blues telah menikmati kegemilangan Eropah dan Trofi Kelab Dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mereka tidak memenangi trofi domestik sejak 2018.

Chelsea antara pasukan yang terkenal dengan keupayaan mencabar untuk tiga pertandingan kelab utama di England tetapi mereka masih tidak memenangi sebarang piala domestik Eden Hazard menjaringkan penaltinya menentang Manchester United dalam perlawanan akhir Piala FA lima tahun lalu.

Selepas itu Chelsea sudah lima tahun kemarau kejuaraan domestik. Kini Pochettino mahu menamatkan kemarau itu dan menggapai 3 piala domestik musim ini.

Ketika ditanya sama ada Chelsea mempunyai kepentingan yang lebih besar ke atas piala itu sekarang tanpa bola sepak Eropah, pengurus berusia 51 tahun itu berkata: “Semua pertandingan adalah penting untuk Chelsea. Keadaannya bukan yang terbaik buat masa ini kerana kami mempunyai banyak senarai kecederaan.”

“Kami perlu bekerja selepas perlawanan Sabtu menentang Nottingham Forest. Kami akan mencuba pasukan terbaik untuk memastikan kami akan beraksi dengan cara yang diingini kerana kami ada beberapa pemain tersedia namun pada masa yang sama kami harus mengelakkan risiko dan memberikan rehat.”

“Itulah sebabnya saya berkata kami begitu fokus untuk menilai dan menganalisis pemain untuk membuat keputusan dalam perlawanan akan datang untuk berdaya saing.”

Kemudian, apabila ditanya mengenai komen sebelum ini yang dibuatnya mengenai Piala Liga semasa di Tottenham, Pochettino menambah: “Saya tidak akan melakukan kesilapan yang sama kerana ia akan menghantui saya sepanjang hidup saya!”

“Saya mahu memenangi Piala Carabao, saya mahu memenangi Piala FA dan saya mahu memenangi Liga Perdana Inggeris. Nanti kita lihat apa yang berlaku selepas itu. Di Tottenham, saya tidak pernah berkata saya lebih memilih untuk menang… saya rasa.”

“Saya mahu menang esok, saya mahu memenangi piala, Liga Perdana Inggeris walaupun dalam beberapa tahun akan datang kami terlibat dalam Liga Juara-Juara Eropah atau pertandingan berbeza [di Eropah]. Setiap pertandingan akan menjadi satu cabaran untuk kami dan akan menjadi pilihan untuk saya.”

** Axello merupakan penulis dan pengulas sukan bebas tempatan

SUMBER:axello.net

Poch-Chelsea.jpg

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES