JUST IN

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang jemput pembeli raikan sambutan ulang tahun ke-8

by | Jul 7, 2023 | Business, LOCAL, NATIONAL, NEWS | 0 comments

Pusat beli-belah berjenama dari Jepun, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA) menjemput para pembeli menyertai sambutan ulang tahun ke-8 yang gilang-gemilang bermula dari 3 Julai sehingga 31 Julai 2023.

Para pelanggan dijemput untuk menyambut majlis sambutan ulang tahun bersama-sama pada 8 Julai mulai jam 12 tengah hari hingga 6 petang di Sunshine Square.

Terhad kepada 500 orang pembeli pertama (tertakluk pada terma dan syarat), para tetamu majlis sambutan akan menerima beg hadiah yang mengandungi baucar dan pemberian, boleh menyertai aktiviti menarik dan menyaksikan persembahan.

Naib Pengarah Urusan MFMA Development Sdn Bhd, TJ Cheah mengalu-alukan semua pengunjung hadir ke MOP KLIA untuk menyertai majlis sambutan yang akan dipenuhi dengan hiasan bertemakan pesta hari jadi yang belum pernah dibuat sebelum ini.

“Pesta sambutan akan berlangsung sepanjang bulan Julai. Kedai-kedai akan menawarkan hadiah-hadiah menarik, ganjaran pulangan tunai serta-merta, persembahan hiburan, pemberian promosi yang hebat hingga 80 peratus dan banyak lagi.

Kami mahu berkongsi sambutan ini dengan semua pengunjung sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka selama ini,” katanya.

Sepanjang bulan sambutan, para pembeli boleh mengambil bahagian dalam pelbagai bengkel dan aktiviti yang dianjurkan untuk seisi keluarga termasuk anak-anak. Para pembeli yang ingin menyertai aktiviti dan acara ini perlu mendaftar butiran mereka menggunakan Aplikasi Mitsui Shopping Park MY. Melalui aplikasi ini, pembeli juga boleh menuntut mata, baucar dan ganjaran lain.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tawaran, promosi dan acara yang akan datang di MOP KLIA, layari mitsui-shopping-park.com.my/MOPKLIA/ atau www.facebook.com/MOPKLIA.

-THE MALAYSIA VOICE

MOP-Sepang.jpg

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES