JUST IN

Pelancaran satelit P1 disasar pacu pembangunan ekosistem angkasa lepas Asia Tenggara

by | Jul 5, 2023 | Business, INTERNATIONAL, LOCAL, NATIONAL, NEWS | 0 comments

Syarikat global rangkuman teknologi-sosial Malaysia, Angkasa-X baru-baru ini telah berjaya melancarkan satelit A-Seansat-PG1 (PG1) buatan tempatan yang pertama, seterusnya memacu pembangunan ekosistem teknologi angkasa lepas di Malaysia dan Asia Tenggara.

Dengan pelancaran satelit PG1, Angkasa-X akan memanfaatkan pengetahuan teknologinya untuk menerajui perkhidmatan Satellite-as-a-Service (SaaS) yang inovatif, untuk membentuk gugusan satelit Low-Earth-Orbit (LEO) di sepanjang garisan khatulistiwa, yang direka di Malaysia oleh jurutera Malaysia.

Gugusan satelit LEO tersebut akan berhubung dalam mencapai inisiatif berwawasan syarikat dengan menyediakan perkhidmatan pengesan jarak jauh mampu milik dan merevolusikan perkhidmatan kesalinghubungan internet kepada jutaan pengguna di rantau ini, khususnya di kawasan luar bandar di Asia, seterusnya merapatkan jurang digital.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, pelancaran satelit PG1, Penang1 merupakan satu peristiwa penting bagi Malaysia dalam mendorong ke arah era baharu kemajuan teknologi dan mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam ekosistem teknologi angkasa global.

“Saya berbesar hati untuk menyatakan bahawa Malaysia adalah negara pertama di Asia Tenggara yang mereka cipta, memasang dan melancarkan satelit LEO tempatan yang pertama pada 2009 dengan RazakSAT-1, dan kini PG1 pada 2023,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Angkasa-X, Dr. Sean Seah berkata, dengan pelancaran PG1 dan satelit yang seterusnya, pihaknya komited untuk menghasilkan keterangkuman sosial dengan menawarkan perkhidmatan SaaS yang inovatif menerusi teknologi mereka kepada negara-negara di Asia Tenggara.

“Keterangkuman ini khususnya kepada lebih 50 peratus penduduk kawasan terpencil yang kini tidak mempunyai akses kepada internet.

“Misi utama kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan satelit mampu milik kepada semua, terutamanya rantau yang kurang mendapat perkhidmatan di sepanjang garisan khatulistiwa,” ujarnya.

-THE MALAYSIA VOICE

Photo-1-A-SEANSAT-PG1-LEO-Satellite.jpg

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES