JUST IN

‘Microsleep’, punca dan cara mengatasi

by | Jun 27, 2023 | Beauty & Health, National, News, Opinions | 0 comments

OLEH: DR. LIM POH HIN

Microsleep merupakan tidur singkat yang tidak dapat dikawal dan seringkali berlaku dalam masa tempoh antara satu hingaa 30 saat ketika memandu. Namun ada juga kes yang terjadi di mana seseorang itu tertidur tanpa sedar ketika dalam melakukan aktiviti lain seperti mengendalikan mesin peralatan yang membahayakan.

Statistik di Malaysia menunjukkan antara punca utama kemalangan jalanraya ialah kerana kecuaian pemandu yang boleh terjadi akibat ‘Microsleep’. Pola tidur yang tidak menentu, kepenatan yang keterlaluan mungkin menjadi punca terjadinya perkara ini.

Justeru apakah langkah terbaik yang harus dilakukan oleh seseorang untuk mengelakkan berlakunya ‘Microsleep’. Adakah ‘Microsleep’ berlaku kerana sistem saraf badan seseorang itu tidak berfungsi secara normal.

Sebelum berbicara tentang Microsleep itu bolehkah Dr terangkan kenapa pentingnya untuk kita perlukan ‘sleep’ atau tidur?

Tidur adalah komponen penting, tetapi malangnya sering diabaikan. Tidur adalah penting kerana ia membolehkan badan melalui proses baik pulih untuk keesokan harinya. Tidur yang mencukupi juga boleh membantu mencegah penambahan berat badan berlebihan, penyakit jantung dan penting untuk kesihatan tubuh secara keseluruhan.

Mungkin doktor boleh terangkan betapa pentingnya untuk kita mengambil berat tentang masalah Microsleep ini?

Punca Microsleep ini antaranya adalah kerana anda tidak mendapat tidur yang berkualiti dan mencukupi.

Berikut merupakan panduan jumlah waktu tidur mengikut usia:

Bayi
4 bulan hingga 12 bulan: 12 hingga 16 jam setiap 24 jam, termasuk tidur siang

Kanak – kanak 1 hingga 2 tahun: 11 hingga 14 jam setiap 24 jam, termasuk tidur siang

3 hingga 5 tahun: 10 hingga 13 jam setiap 24 jam, termasuk tidur siang

6 hingga 12 tahun: 9 hingga 12 jam setiap 24 jam

Remaja
13 hingga 18 tahun: 8 hingga 10 jam setiap 24 jam

Dewasa
7 jam atau lebih setiap malam

Bagi kanak-kanak, mendapatkan jumlah tidur yang disyorkan secara tetap dikaitkan dengan kesihatan yang lebih baik, termasuk perhatian yang lebih baik, tingkah laku, pembelajaran, ingatan, keupayaan untuk mengawal emosi, kualiti hidup dan kesihatan mental dan fizikal.

Selain umur, faktor lain boleh mempengaruhi berapa jam tidur yang anda perlukan.

Sebagai contoh:

– Kualiti tidur
Jika tidur anda kerap terganggu, anda tidak mendapat tidur yang berkualiti. Kualiti tidur anda sama pentingnya dengan kuantiti.

– Kehamilan
Perubahan dalam tahap hormon dan ketidakselesaan fizikal boleh mengakibatkan kualiti tidur yang lemah

– Penuaan
Orang dewasa yang lebih tua memerlukan jumlah tidur yang sama seperti orang dewasa yang lebih muda

Walau bagaimanapun, apabila anda semakin tua, corak tidur anda mungkin berubah.

Orang dewasa yang lebih tua cenderung untuk tidur dalam keadaan yang tidak nyenyak, mengambil masa lebih lama untuk mula tidur dan tidur untuk jangka masa yang lebih pendek daripada orang dewasa yang lebih muda.

Orang dewasa yang lebih tua juga cenderung untuk bangun beberapa kali pada waktu malam.

Bagi orang dewasa, tidur kurang daripada tujuh jam setiap malam secara tetap telah dikaitkan dengan kesihatan yang buruk, termasuk penambahan berat badan, mempunyai indeks jisim badan 30 atau lebih tinggi, diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, strok dan kemurungan.

Adakah kualiti dan kuantiti tidur yang tidak baik menyumbang kepada ‘microsleep’?

Kurang tidur dari segi kualiti dan kuantiti menyebabkan otak akan ‘menuntut hutang’ tidur itu pada waktuwaktu yang lain sepanjang hari, mengakibatkan ‘microsleep’. Pun begitu, terdapat beberapa penyakit yang boleh menyebabkan tidur kualiti yang tidak baik, antaranya ialah ‘sleep apnea’.

Sesetengah individu akan merasakan dirinya telah mendapat tidur yang mencukupi, tetapi sebenarnya dia telahpun terjaga beberapa puluh atau beberapa ratus kali pada waktu malam disebabkan oleh pernafasan yang tidak betul.

Ketika tidur, pangkalan otak kita akan membantu kita bernafas dengan otomatik. Tetapi bagi sesetengah individu, mereka akan mengalami ‘obstructive sleep apnea’ iaitu ketika lidah terjatuh ke belakang lalu menutup ruang pernafasan menyebabkan kadar oksigen menurun dan karbon dioksida menaik.

Ketika ini berlaku, otak akan memberi isyarat kepada otak untuk mengejutkan anda dari tidur supaya anda boleh bernafas dengan betul.

Adakah masalah Microsleep ini juga boleh membawa kepada masalah komorbid-komorbid yang lain seperti masalah jantung ataupun masalah saraf yang lain dan juga adakah perlu dan ‘power nap’ itu juga boleh membantu untuk mengelakkan masalah ‘microsleep’ ini?

Antara komorbiditi berpunca dari ‘sleep apnea’ yang serius ialah strok, kencing manis, penyakit jantung dan juga berpotensi mendapat kanser. Keadaan kesihatan ini semuanya boleh membawa maut dan semuanya berkaitan dengan ‘obstructive sleep apnea’

– Diabetes / kencing manis
Hubungan antara diabetes dan ‘sleep apnea’ telah lama dikenalpasti. Menurut kajian, majoriti pesakit diabetes jenis 2 juga mengalami ‘obstructive sleep apnea’

– Kegagalan jantung
Seperti yang dinyatakan oleh kajian di atas, penyakit kardiovaskular (iaitu, jantung) sangat berkait rapat dengan komorbiditi ‘sleep apnea’ biasa sehingga ia adalah antara yang paling kerap disebut apabila membincangkan risiko kesihatan akibat gangguan pernafasan tidur. ‘Sleep apnea’ sering diperhatikan pada pesakit dengan kegagalan jantung, para pesakit ‘sleep apnea’ mempunyai tekanan darah yang sering meningkat

– Strok. ‘Obstructive sleep apnea’ sangat lazim pada pesakit dengan serangan iskemia sementara dan strok

– Kanser
Walaupun bukti perkaitan tidak sekuat dengan komorbid yang lain, satu kajian yang diterbitkan tahun lepas dalam American Journal of Respiratory and Critical Care Medicine telah mengaitkan dengkuran dan pernafasan yang tidak teratur tidur dengan peningkatan risiko kanser. Kajian mendapati berdengkur ringan atau sederhana juga meningkatkan risiko kematian akibat kanser

– Obesiti. Kesemua keadaan ini lebih berisiko jika anda obes. Individu yang mengalami ‘obstructive sleep apnea’ mempunyai risiko tinggi kematian kardiovaskular mengejut
Adakah faktor gaya hidup, faktor berat badan adakah itu juga boleh memainkan peranan kepada masalah ini?

Adakah faktor kurang kualiti dan kuantiti tidur sahaja yang menjadi punca ‘microsleep’?

Selain daripada tidak cukup tidur, seseorang individu itu juga berkemungkinan menghidap ‘absence seizure’ iaitu sawan yang singkat dan tiba-tiba. Ianya lebih cenderung berlaku kepada kanak-kanak berbanding orang dewasa.

Seseorang yang mengalami ‘absence seizure’ mungkin kelihatan seperti dia merenung kosong ke angkasa selama beberapa saat dan kembali normal dalam beberapa saat.

Apakah rawatan atau alat yang digunakan untuk membantu tidur yang lebih berkualiti bagi mengelakkan microsleep?

Bagi seseorang yang ingin mengetahui sama ada mengalami sleep apnea, dia akan dipasangkan sebuah alat pengesanan seperti polysonography pada badan bersama EEG (electroencephalogram), ECG (electrocardiogram) dan oksigen.

Setelah itu, individu tersebut akan diperhatikan di bawah jagaan pakar sepanjang malam. Tujuan pemasangan alat ini adalah untuk pola tidur termasuklah waktu tidur dan waktu
terjaga.

Jika keputusan menunjukkan penurunan paras oksigen, individu tersebut mungkin mengalami ‘sleep apnea’. Nanum, jika keputusan Polysonogram ini menunjukkan tanda-tanda ‘absence seizure’, ini bermaksud gangguan tidur adalah tidak disebabkan ‘sleep apnea’.

Terdapat juga individu yang mengalami keadaan di mana mereka sentiasa ingin tidur, yang dinamakan Narkolepsi. Narkolepsi adalah keadaan otak jangka panjang yang jarang berlaku yang menyebabkan seseorang tiba-tiba tertidur pada waktu yang tidak sesuai. Mereka ini perlu mendapatkan perskripsi doktor untuk mengambil ubat ‘modafinil’.

** Dr. Lim Poh Hin merupakan Pakar Neurologi dari Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri

-THE MALAYSIA VOICE

image-for-illustration.jpg

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES