JUST IN

Saintis temui pancaran hijau di planet Muystari?

by | Jun 26, 2023 | NEWS, Opinions, WORLD | 0 comments

OLEH: DANS CKAY’S

Khamis lepas (22 Jun 2023), saintis dari NASA bernama Kevin M. Gill keluarkan gambar permukaan planet Musytari yang mengeluarkan pancaran hijau (gambar pertama).

Penemuan ini menggemparkan dunia sains astronomi, tertutamanya para peminat sains angkasa kerana gambar tersebut begitu menarik. Apa sebenarnya pancaran hijau yang tiba-tiba bersinar di permukaan planet terbesar dalam Sistem Suria?

Sebenarnya gambar ini ditangkap oleh probe angkasa milik NASA iaitu Juno yang sedang mengelilingi Musytari pada 30 Disember 2020. Tiga tahun gambar ini diproses, akhirnya M. Gill dapat gambar sebegini.

Pancaran hijau di permukaan Musytari itu sebenarnya kilat yang memancar. Kilat bukan saja wujud di atmosfera Bumi. Planet bergas seperti Musytari dan Zuhal juga mempunyai kilat tersendiri. Bezanya lokasi kilat yang selalu memancar.

Kilat di Bumi biasanya terjadi di kawasan Khatulistiwa atau garisan equator. Tapi, kilat di Musytari terjadi di Kawasan berhampiran kutub utara dan selatan.

Mesti anda pelik kenapa kilat di Musytari itu warnanya hijau? Warna kilat terjadi begitu sebab kandungan awan yang berkumpul di atmosfera Musytari itu sendiri. Kilat di Bumi berwarna putih kerana kandungan awannya terdiri dari air. Awan di Musytari pula terdiri dari campuran air dan ammonia. Kehadiran ammonia inilah menjadikan kilat memancar berwarna hijau.

Fakta menarik tentang kilat di planet bergas:

1. Pada tahun 1979, probe angkasa Voyager I telah merakam pancaran kilat Musytari dan menganggarkan kekuatan kilat ini ialah sepuluh kali ganda dari kilat Bumi.

2. Pada tahun 2012, probe angkasa Cassini menangkap gambar kilat berwarna biru di permukaan Zuhal. Kilat Zuhal mampu memancar 10 kali dalam sesaat.

Jadi, atmosfera Musytari dan Zuhal tidak setenang atmosfera Bumi. Bayangkan kilat ni hadir dalam atmosfera Bumi, nak duduk diam di rumah pun tak tenang!

SUMBER: The Patriots

green-lightning-flash-jupiter.jpg

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES