
DO FOLLOW

Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN


Learning from Sabah and Sarawak

Turnaround at Malaysian shopping malls

Classroom Assessment (CA) is good enough

Shortage of a staple diet

Adhere strictly to conversion laws

Malay Rulers are playing an important role now

Naico gives support to NIMP2030

Malaysians only want to believe in truth

Rapid development taking place in Sabah
Anugerah NiagaTimes 2023 raikan kecemerlangan 60 syarikat dan personaliti

Portal media bisnes pilihan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan, NiagaTimes telah menganjurkan Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2023 yang bertemakan ‘Anjakan Usahawan Terbilang, Julang Gemilang’. Anugerah ini bukan sahaja untuk merai kecemerlangan syarikat perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) dari pelbagai latar, malah menghargai segala usaha yang telah mereka berikan kepada pembangunan ekonomi negara.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Yang Berhormat Senator Puan Saraswathy Kandasami telah hadir sebagai tetamu kehormat bagi merasmikan dan menyampaikan anugerah pada majlis tersebut.

Menerusi ucaptama, beliau berkata, program sebegini berupaya memberi galakan kepada para usahawan untuk mengejar kecemerlangan dalam bidang perniagaan serta mampu memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan usahawan itu sendiri.
Tambahnya, program ini secara tidak langsung dapat mewujudkan sebuah platform kepada syarikat tempatan sama ada yang baru mahupun lama dan berpotensi untuk mendapat perhatian dalam skala yang lebih besar.

Terdapat sebanyak 10 kategori anugerah yang diwakili 60 syarikat serta individu menerima anugerah di majlis tersebut. Antara kategori anugerah pada hari itu termasuklah Syarikat Terunggul, Usahawan Cemerlang, Perniagaan kepada Perniagaan (B2B), Kepimpinan Industri, Usahawan Pilihan, Wanita Dalam Perniagaan dan banyak lagi.
Bagi Anugerah Koperasi Pilihan, penerima tersebut ialah Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad. Koperasi yang juga dikenali sebagai Koop Sahabat ini diipilih berdasarkan kecemerlangannya merealisasikan misi dalam memperkasakan modal insan dan menambah kecekapan dalam mengagihkan pendapatan tahunan kepada sahabat AIM melalui penubuhannya. Malah, organisasi ini turut memiliki dana yang kukuh iaitu syer modal melebihi RM75 juta.

Satu lagi penerima anugerah tertinggi, Anugerah Syarikat Terunggul Tahunan ialah Steadfast Inspection Sdn Bhd. Presiden dan pengerusi syarikat ini, Hajah Norhafiza binti Haji Muhamad mencuri tumpuan kerana bukan sahaja memecah monopoli kaum lelaki di dalam bidang kontraktor minyak dan gas (O&G), malah turut unggul membangunkan syarikat penyedia perkhidmatan ujian tanpa musnah (NDT) miliknya yang berkembang pesat dengan cemerlang. Nilai jualan syarikat ini pada tahun 2022 mencecah RM29 juta.

Lain-lain penerima anugerah termasuklah:

SUKE TV

Mohd Safee bin Mohd Sali

Resort Taman Eko Rimba Komanwel

Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA)

Sushiwak Malaysia

Mutualpro Team Services (M) Sdn Bhd

Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED)
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif RHA Media, Dato’ R. Rajendran; Pengerusi CSR Malaysia, Lee Seng Chee; Presiden Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia, Datuk Dr Azman Yusoff; Presiden (Mangku), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Norsyahrin Hamidon; Pengerusi Lembaga Koop Sahabat, Mohd Najib Hj Mohd Noor serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Koop Sahabat, Hj Mazri Mahmood.

Portal NiagaTimes merupakan penerbitan PR Partners Asia Sdn Bhd yang telah ditubuhkan sejak tahun 2016 lagi. Portal ini bertujuan untuk membantu masyarakat yang mempunyai minat dalam perniagaan melalui penyediaan maklumat secara menyeluruh mengenai perniagaan.
– THE MALAYSIA VOICE