
DO FOLLOW

Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN


Going forward by reusing refuse

EPSOM COLLEGE IN MALAYSIA, THE ONLY INTEGRATED SPORT AND ACADEMIC CURRICULUM IN ASIA

Malaysia in limbo because of Mahathir?

Having character is everything

Government urged to review income groups

The management of an individual’s health

Affordable homes for all Malaysians

The horrors of bullying in schools

NTUC FIRST CAMPUS AND SUSS RENEW PARTNERSHIP TO UPSKILL EARLY CHILDHOOD EDUCATORS
TalentCorp, kerajaan Sepanyol sokong perkongsian pengetahuan, kemahiran dan budaya

Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Economic and Commercial Office of Spain (Ofecome) di bawah Kedutaan Sepanyol di Malaysia untuk mewujudkan dan membangunkan kerjasama kerja dalam program yang bertujuan membina ekosistem bakat yang kukuh, semalam.
Semasa majlis tandatangan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, Thomas Mathew, berkata kerjasama ini sejajar dengan mandat TalentCorp sebagai agensi dibawah Kementerian Sumber Manusia dalam menarik, memupuk dan mengekalkan bakat untuk pertumbuhan Malaysia.
“Kami berharap untuk mengukuhkan dan memupuk hubungan strategik ini dengan Sepanyol, dimana ia akan memudahkan aliran bakat antara kedua-dua negara dan menarik pelaburan bernilai tinggi ke Malaysia,” katanya.
Di bawah MoU itu, TalentCorp akan menyokong Kedutaan Sepanyol di Malaysia dan syarikat Sepanyol yang berpangkalan di Malaysia untuk membangun dan melaksanakan program bakat.
Ia termasuk kemudahan bagi peserta ICEX Vives yang layak, sebuah program latihan siswazah tahunan Kerajaan Sepanyol yang baru diperkenalkan tahun ini untuk meningkatkan pengalaman praktikal belia Sepanyol dan menyumbang kepada pengantarabangsaan syarikat Sepanyol.
Pada masa yang sama, Ofecome akan menyokong program TalentCorp dengan menyediakan maklumat dan input yang diperlukan untuk mengukuhkan agenda bakat, serta menghubungkan TalentCorp kepada rakan industri Sepanyol untuk program pembangunan bakat terutamanya program TVET.
Kaunselor Ekonomi dan Komersial di Kedutaan Sepanyol di Malaysia, Ines Perez-Durantez, berkata kerjasama strategik dengan TalentCorp ini mengesahkan dasar mesra perniagaan dan komitmen Malaysia untuk membina tenaga kerja global bertaraf dunia.
“Program ini juga akan mengukuhkan kecekapan global belia Sepanyol dan EU melalui peluang kerja dengan syarikat Sepanyol di luar negara,” katanya.
Menurut MATRADE, kadar perdagangan Malaysia dengan EU meningkat sebanyak 20.1 peratus kepada RM216.53 bilion pada 2022 berbanding RM180.23 bilion pada 2021. Nilai eksport ke pasaran Sepanyol sahaja mencatatkan RM5.74 bilion, peningkatan 22 peratus daripada tahun sebelumnya.
-THE MALAYSIA VOICE