JUST IN

Kaji selidik dedah Malaysia ketandusan bakat akauntan

by | Mar 28, 2023 | Business, HUMAN RESOURCES, NATIONAL, NEWS | 0 comments

OLEH: ACCA

Di dalam satu kaji selidik terbesar merentasi kerjaya akauntan, Kaji Selidik Trend Bakat Global 2023 terbaharu ACCA (Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun) memberikan pandangan unik dan genting mengenai perasaan seseorang bekerja di dalam kerjaya ini pada masa sekarang.

Lebih 8,400 akauntan profesional dari 148 negara, termasuk Malaysia, telah ditanya mengenai kebimbangan mereka mengenai pekerjaan ini di masa hadapan selain aspirasi untuk kerjaya mereka. Kaji selidik ini juga menikai isu-isu utama tempat kerja seperti hubungan kakitangan, kesejahteraan dan sikap terhadap guna pakai teknologi.

Kaji selidik ACCA mengetengahkan ketandusan bakat bagi majikan di mana mereka bertungkus-lumus mengekalkan kakitangan yang memiliki cita-cita pergerakan kerjaya yang besar dan kehendak untuk peranan seterusnya bagi diri mereka.

Di Malaysia, 36% profesional kewangan mahu beralih kepada peranan lain dalam tempoh 12 bulan akan datang, dan sebanyak 29% dalam tempoh dua tahun akan datang.

Sementara itu, kebimbangan terbesar bagi kakitangan kewangan di Malaysia ialah:

(1) Inflasi mengurangkan gaji sebenar mereka

(2) Kesejahteraan / kesihatan mental

(3) Kekurangan peluang pembangunan kerjaya

(4) Tidak miliki kemahiran berkaitan untuk masa hadapan

(5) Risiko kemerosotan ekonomi global memberi impak terhadap peluang pekerjaan

Bekerja secara hibrid masih `sesuatu yang sedang dilaksanakan’ di Malaysia dengan 58% responden menyatakan bahawa mereka kembali bekerja di pejabat sepenuh masa.

Langkah-langkah keterangkuman mencatat markah baik dengan 63% merasakan budaya organisasi mereka adalah terangkum, tidak jauh berbeza berbanding purata global sebanyak 68%.

Ketika perubahan tenaga kerja yang besar dan cabaran iklim ekonomi global ini, kaji selidik ACCA menunjukkan bahawa kerjaya di dalam bidang akauntan kekal suatu pilihan bijak bagi mereka yang mencari prospek pekerjaan jangka panjang dan kemungkinan untuk berterusan meraih kemahiran baharu.

Peluang untuk memperoleh kelayakan profesional yang membolehkan pergerakan antara sektor dan secara antarabangsa, menambahkan persepsi bahawa memilih kerjaya akauntan membawa kepada kerjaya dengan pilihan meluas dan fleksibiliti.

Jamie Lyon, Ketua Kemahiran, Sektor dan Teknologi di ACCA berkata: “Majikan berdepan dengan kemungkinan ketandusan bakat, mengguna pakai dan bereksperimen dengan kaedah baharu bekerja di kalangan seluruh tenaga kerja.

“Pembangunan kerjaya dan remunisasi adalah dua faktor tarikan paling utama kepada sesebuah organisasi, namun mereka juga dua bidang yang paling berpengaruh ke atas keputusan kakitangan untuk berhenti kerja.”

Sementara itu, Andrew Lim, Ketua Portfolio, ACCA Maritim Asia Tenggara berkata: “Menarik minat generasi bakat seterusnya kepada kerjaya akauntan Malaysia adalah penting untuk ekonomi yang sihat.

“Kaji selidik ini memastikan suara mereka yang sedang belajar dan bekerja di dalam kerjaya ini didengari, dan memberikan jaminan bahawa kerjaya ini membantu mewujudkan persekitaran kerja di mana profesional hari ini maju dan bakat hari esok mahu berada.”

Laporan penuh boleh didapati di www.accaglobal.com/talenttrends2023.

-THE MALAYSIA VOICE

Accountant-gambarHiasan.jpg

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES