Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN
Travel Frustrations: Malaysians Call for Change in Hotel Check-In and Check-Out Policies
“Pride always goes before a fall”
GIBSH abuses sparks fears of Islamophobia
Kerajaan persekutuan dan negeri kukuh kerjasama sains, teknologi dan inovasi negara
Malaysia Ringgit Strengthens Against the Dollar
MKR lancar traktor EV pertama Malaysia, jalin kerjasama untuk solusi pertanian pintar
The challenge of plastic waste facing Malaysia
Unifor a symbol of Sarawak’s unity
Johor to be a major growth centre
Gempa bumi besar tidak aktif timbulkan resah, jadi teka-teki
OLEH: FADZLI MATGEO
Ratusan gempa terjadi di East Anatolian Fault, Turkiye bukan sesuatu yang pelik. Fahamkan arah pergerakan benua Afrika dan lihat sekecil mana formasi Cyprus yang tersepit.
Lebih kecil formasi ini, apabila ia bergerak secara terpecah mungkin akibat ‘rupture’ yang berlaku pada gempa pertama, semakin ia menjadi tak stabil untuk menghasilkan ratusan malah ribuan gempa berikutnya. Atau ia kemudian terkunci terus dan tiada lagi gempa akan berlaku di situ tetapi itu mustahil.
Gempa terjadi seperti anda menolak tapak tangan atas meja kaca yang lembap dan kesat. Jika tangan anda terhenti walaupun anda menolak, sekali ia bergerak ia melepaskan tenaga dan hasil dari itu akan berlaku beberapa ensotan kasar yang kecil sebelum ia bergerak mulus semula.
Tapi tiada siapa pula berasa pelik bila gempa ‘megathrust’ sudah senyap di Sumatera Subduction Zone sejak 12 tahun lalu?
Teka-teki terus timbul apakah ia sedang mengumpul tekanan, atau gempa besar dua kali pada 8 April 2012 yang disebut mematahkan plet India dan Australia kepada dua di pinggir garis subduksi itu telah membuatkan ia tidak lagi seaktif dulu.
Jadi sebelum kita selitkan anggapan-anggapan campur tangan manusia dalam kerja Tuhan, ada baiknya kita fahamkan dulu duduk bangun hala tuju gerakan tektonik plet dan saiz-saiz pecahannya yang berubah-ubah dari masa ke masa pada jangka waktu yang panjang kesan aktiviti geofizik.
Ratusan malah ribuan gempa terjadi di ceruk formasi Cyprus itu setakat ini tidak mendatangkan hairan kepada saya.
Tetapi jika zon subduksi Sumatera tiba-tiba dihurung gempa seperti itu, belum sempat anda hairan, saya lari dulu.
-THE MALAYSIA VOICE
(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)