JUST IN

Makanan di Ipoh lebih sedap berbanding tempat lain; fakta atau mitos?

by | Jan 25, 2023 | Opinions | 0 comments

OLEH: FADZLI MATGEO

Mitos kononnya makanan kat Ipoh lebih sedap dari tempat lain sebenarnya tersebar di kalangan orang Cina sahaja. Sebelum tahun 1980an, daripada suku juta penduduk Ipoh, 70% adalah kaum Cina berdialek Kantonis.  Dari banyak-banyak tempat mereka merantau, paling ramai merantau ke Singapura.

Mitos makanan Ipoh lebih sedap dari tempat lain tertakluk kepada menu-menu orang Cina sahajalah. Lebih-lebih lagi makanan berkuah. Ini kerana mereka mendakwa air di Ipoh yang datang dari gunung batu kapur memberi rasa yang lebih sedap kepada makanan.

Ini mungkin sekadar mengubat rindu di perantauan dengan keinginan untuk balik dan makan banyak-banyak di kampung halaman kerana masakan yang sama di perantauan mungkin tidak kena dengan selera tekak si perantau. Tambah-tambah Singapura.

Dulunya paya bakau. Airnya dulu payau. Mungkin dalam masakan kegemaran si perantau, bumbu babinya tak cukup sebab tak macam Ipoh dulu-dulu, kandang babi banyak.

Hakikatnya, bidaah lah kalau air di Ipoh lain rasanya kalau satu Ipoh disalurkan air dari loji pembersihan air yang disedut di sungai dalam hutan belantara yang mengalir celah-celah longgokan granit, diproses, diklorin, ditawas, diflokulasi, dikoagulasi dan di salur untuk dituntut bilnya setiap bulan. Bukan ada yang pakai perigi pun buat masak. Semua pun takut taun.

Jadi tak payahlah sebuah akhbar tempatan, baru-baru ini mencetus polemik dan penyedia konten lain mengambil kesempatan membuka ruang ‘membahan’.

Masa saya kerja Parcel E Putrajaya dulu sedap sahaja makan di kafe Mislaini tu. Air penapis Korea agaknya. Malas sebut. Bukan ‘job copywriting’ pun.

Dan kalau betul semua benda sedap di Ipoh ni, kenapa pula bini saya masak selalu tak sedap? Hah! Fuh! Mujur belum kahwin.

-THE MALAYSIA VOICE

(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES