
DO FOLLOW

Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN


Malaysians perspective of politicians

CENTRAL SINGAPORE CDC PARTNERS UOB TO HELP 1,500 CHILDREN PICK UP NEW DIGITAL SKILLS THROUGH MY DIGITAL BOOTCAMP

Worse news for three subsectors

SEGI TAKES ‘BORDERLESS LEARNING’ TO NEW HEIGHTS AS METAMENTOR GOES LIVE

FICHET DRIVING CROSS-BORDER COLLABORATION IN HIGHER ED AT APAIE 2023

Building a hybrid 5G network

Chingay makes a big comeback

Timely to improve National Film Policy

Back to school concerns
Potter wajar manfaatkan ‘tempoh bertenang’ Chelsea sebelum berdepan Liverpool

OLEH: ZAHID ZURI
Sejak mengambil alih Chelsea pada September tahun lalu, Graham Potter tidak pernah mempunyai satu minggu yang tiada perlawanan pada pertengahan minggu.
Selepas menang 2-1 menantang Crystal Palace pada perlawanan pertama beliau, Potter terpaksa mengharungi sekurang-kurangnya dua perlawanan dalam masa seminggu, bermula Oktober sehingga Januari ini.
Situasi Chelsea yang menghadapi krisis kecederaan serius semakin tidak membantu Potter untuk menghadapi jadual padat ini, termasuk ‘kehilangan’ 5 minggu kerana Piala Dunia.
Selepas sekali lagi memenangi perlawanan menentang Palace minggu lalu, buat pertama kalinya Potter akan mempunyai tempoh satu minggu penuh untuk membuat persiapan menentang Liverpool pada Sabtu ini, dan selepas itu akan mempunyai ‘cuti’ dua minggu sebelum perlawanan seterusnya menentang Fulham.
Liverpool pula ‘terpaksa’ beraksi dalam perlawanan ulangan Piala FA menentang Wolves baru-baru ini, jadi The Blues memiliki kelebihan dari segi ‘kesegaran’ dan kecergasan pemain.
Tempoh dua minggu selepas itu pula harus digunakan sebaiknya oleh Potter untuk mencari keserasian antara pemain lama dan rekrut baharu seperti Felix, Mudryk, Badiashile dan Datro Fofana.
-THE MALAYSIA VOICE