JUST IN

Meskipun tiruan, barang dari China tetap jadi pilihan

by | Jan 18, 2023 | Business, International, Opinions | 0 comments

OLEH: AZMIL AZALI

Bila cakap tentang barang ‘fake’ ataupun tiruan ni, mesti nama negara China akan jadi sebutan. Ya, hampir kesemua barang ‘fake’ di dunia ini berasal dari sana.

Persoalannya, kenapa negara China kuat sangat tiru produk orang?

Semasa Deng Xiaoping buka pintu China kepada dunia luar, banyak syarikat-syarikat besar tertarik untuk buka kilang di sana. Sebab kos murah, banyak tanah lapang dan saiz ekonomi yang besar.

Tapi ada satu benda yang syarikat-syarikat besar ini silap. Pekerja-pekerja China yang dilatih sampai mahir ini ‘tikam belakang’ mereka. Sebab pekerja mahir digunakan untuk hasikan produk yang sama dengan barang asli.

Kalau ada produk yang baru keluar, macam mana pula?

Pekerja mahir tadi akan bongkar dan kaji segala benda dalam produk baru itu. Apabila dah siap, mereka hantarkan ke kilang untuk buat barang tiruan.

Seterusnya, penguatkuasaan di China memang agak lemah. Betul PBT (pihak berkuasa tempatan) di sana ada sahaja tutup dan saman kilang-kilang barang tiruan terlibat. Tapi mereka pandai, sebab pergi buka kilang pada waktu malam. Orang PBT pula dah tidur, mana ada masa nak serbu kilang barang tiruan berkenaan.

Paling penting sekali, sesuatu produk itu tidak akan dihasilkan jika tiada permintaan. Masalahnya, permintaan terhadap barang tiruan ini sangat tinggi. Sebabnya kita lagi rela beli barang tiruan yang murah berbanding mahal. Katanya harga barang ‘ori’ yang terlalu tinggi tu tak munasabah.

Nak mudah faham senang. Sebagai contoh, harga jersi Liverpool ‘ori’ adalah RM400. Harga jersi tiruan pun boleh dapat semurah RM20. Dengan prestasi Liverpool yang suka ‘buat lawak’ hari ini, memang tak berbaloi nak beli jersi sampai RM400.

Yalah, bila pakai jersi tu je kena ‘bahan’ dengan kawan-kawan. Lebih baik beli jersi tiruan harga RM20. Tak adalah rasa rugi sangat.

SUMBER: THE PATRIOTS

(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES