Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN
Travel Frustrations: Malaysians Call for Change in Hotel Check-In and Check-Out Policies
“Pride always goes before a fall”
GIBSH abuses sparks fears of Islamophobia
Kerajaan persekutuan dan negeri kukuh kerjasama sains, teknologi dan inovasi negara
Malaysia Ringgit Strengthens Against the Dollar
MKR lancar traktor EV pertama Malaysia, jalin kerjasama untuk solusi pertanian pintar
The challenge of plastic waste facing Malaysia
Unifor a symbol of Sarawak’s unity
Johor to be a major growth centre
Tindakan biadab MB dan Exco Terengganu membelakangi prinsip federalisme
OLEH: MOHD SUFIAN MAT ALI
Tindakan Menteri Besar Terengganu, dan Barisan Exco yang bertindak ‘memboikot’ kehadiran Perdana Menteri ke Terengganu semalam sebagai satu langkah biadab dan tidak menghormati tetamu.
Ketiadaan sebarang kelibat baik dari Menteri Besar sendiri, mahupun barisan Exco, seolah meremehkan kehadiran Perdana Menteri ke Negeri Terengganu.
Sedangkan hubungan antara kerajaan negeri dan pusat seharusnya dilangsung dengan baik demi kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri.
Alasan tiada makluman rasmi dari pejabat Perdana Menteri adalah tidak berasas sama sekali. Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja hadir menyambut Perdana Menteri.
Pada era pentadbiran Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan, walaupun Negeri itu dianak tiri oleh kerajaan Pusat, sekali pun tidak Menteri Besar ketika itu membelakangi Perdana Menteri yang hadir sebagai tetamu.
Tindakan kerajaan negeri ini ibarat satu pengisytiharan perang antara kerajaan negeri dan pusat, yang semestinya tidak bagus kepada rakyat negeri Terengganu.
Menteri Besar, dan Exco perlu muhasabah dan perbaiki profesionalisme mereka bagi kepentingan negeri berbanding politik mereka.
** Mohd Sufian Mat Ali merupakan Ketua Penerangan Pakatan Harapan Terengganu
-THE MALAYSIA VOICE
(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)