DO FOLLOW
Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN
Facing the challenges of the B40 community
A Kok and Bull-y story
Learn lessons from 1MDB debacle
Rivers as a source of life
Websites with prohibited content to be monitored
Jakim’s irrelevance beginning to show
Policies that are a hindrance to progress
Watak Les Grossman bantu lonjak nama Tom Cruise. ‘Spin-off’’ bakal menyusul?
Flag Football: An Emerging Sport in Malaysia
Oldtown lancar cawangan terbaru di IOI City Mall milik usahawan bumiputera
Oldtown White Coffee (Oldtown) memulakan tahun 2023 dengan pelancaran cawangan terbaharunya di IOI City Mall, Putrajaya melalui pemilikan francaisi Bumiputera sekaligus menjadikan jumlah cawangannya di seluruh Malaysia, Indonesia, Singapura, Hong Kong dan Filipina adalah melebihi 180 buah.
Perkembangan positif ini dilihat selari dengan usaha Oldtown yang menyokong hasrat kerajaan untuk mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan kepada bumiputera daripada B40 dan M40 terutamanya melalui pemilikan francaisi.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Mohd Yusof berkata, kementeriannya akan terus memberi sokongan penuh kepada penglibatan masyarakat dalam sektor francais termasuk usahawan-usahawan yang ingin menaiktaraf perniagaaan kepada sistem francais.
“Program-program promosi perniagaan francais di dalam dan luar negara juga akan terus dipergiatkan bagi menyokong penggiat dan para usahawan francais untuk mempromosikan perniagaan mereka dan bersama-sama menyumbang ke arah pengukuhan ekonomi negara,” katanya pada Majlis Pelancaran Outlet Oldtown di IOI City Mall, hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Oldtown, Dawn Liew berkata, pembukaan cawangan itu adalah sangat bermakna kerana ia merupakan antara bukti kejayaan usahawan francaisi bumiputera yang telah mengembangkan perniagaannya dengan pembukaan cawangan Oldtown ketiga dalam tempoh empat bulan.
“Cawangan Oldtown di IOI City Mall ini merupakan cawangan yang ketiga milik francaisi bumiputera termasuklah di Empire Mall serta Nu Sentral dan bakal membuka satu lagi cawangannya di Suria KLCC.
“Kami sentiasa mengalu-alukan lebih ramai bumiputera untuk meneroka bidang keusahawanan francais dan diharapkan dengan penglibatan mereka dalam konsep perniagaan ini akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara,” jelasnya.
-THE MALAYSIA VOICE