JUST IN
ASEAN to push for win-win tourism
Those who forget the past are condemned to repeat it
The Finest Places to Live, Work and Thrive in Asia are Celebrated at the 19th PropertyGuru Asia Property Awards Grand Final
Show respect and consideration for pedestrians
Mouldy buildings pose a double hazard
Tidak wajar sentimen kepada wanita tidak bertudung. Hinakah mereka?
Indian entrepreneurs to benefit from RM100 million allocation
Parents worried over rise in school bus fares
Gardyloo jadi sejarah amalan orang Eropah buang najis dari tingkap
Dua cerita kontroversi. Yang mana pilihan tipikal Melayu?
OLEH: NORMAN RADZUAN
Baru-baru ini, ada dua isu kontroversi. Satu kes membabitkan hak rakyat dan satu membabitkan hal pasangan rumah tangga. Satu hak rakyat, satu lagi hak peribadi. Yang mana menjadi perbualan orang Melayu?
Satu, kes mengenai perkahwinan Syamsul Yusof apabila pengarah itu mengesahkan dirinya telah berkahwin dengan wanita pilihannya, Ira Kazar di Thailand.
Satu lagi kes, Adam Razlan dikatakan orang kanan Muhyiddin ditahan oleh SPRM. Adam Razlan merupakan Timbalan Ketua PPBM Bahagian Segambut. Adam dalam siasatan dipercayai orang tengah mengambil 3 peratus hingga 5 peratus setiap projek rundingan dari jumlah RM 92.5 bilion duit rakyat.
90 peratus orang Melayu memilih membicarakan soal perkahwinan Syamsul Yusuf walaupun ia bersifat peribadi yang membabitkan ahli keluarga atau beberapa individu dan bukannya isu wang berbilion yang membabitkan hak 30 juta individu.
Isu ini sebenarnya malas untuk diulas saya kerana ia akan membabitkan emosi wanita. Bahkan, hingga ada selebriti yang sanggup menggelar isteri kedua Syamsul sebagai bohsia.
Yang dihina kaum sendiri, yang disalah kaumnya sendiri. Tetapi sampai menghina fizikal dan maruah seseorang, bagi saya selebriti itu angkuh dan bodoh. Apa perasaan kita jika adik, kakak atau anak kita menjadi isteri nombor dua dan dihina sebegitu rupa?
Bab ini, andai nak berhujah dengan kaum Hawa tak akan habis dan tak akan menang. Jika dikatakan perkahwinan kedua lelaki tidak perlu maklumkan kepada isteri pertama, mereka akan kata pula kenapa sekat nombor isterinya? Ya, mungkin itu salah Syamsul.
Ada yang kata, kenapa tak tanya isteri pertama? Ada yang kata, kalau minta izin tiada masalah. Persoalannya, benarkah jika bertanya ia diizinkan? Tidak adil, tidak itu tidak ini dan pelbagai lagi.
Nanti apabila dikatakan Syamsul itu bukan berzina tetapi sekadar hanya menghalalkan cara, dikatakan bab ini ikut sunnah Nabi, bab lain tak buat pula. Bab ini, ustazah pun ramai yang gagal.
Nasib baik bapa dan mertua saya bukan artis, sebab mereka berkahwin lagi satu tak minta izin. Mula-mula memang berat nak terima. Itu lumrah. Tapi akhirnya okey saja. Anak di sebelah sana bukan adik tiri. Tapi itu adik saya dari bapa yang sama.
Tutup buku bab ini (kes Syamsul). Ia kisah rumah tangga orang. Biarkan suami dan isteri-isterinya selesaikan cara baik. Yang kita sibuk nak menghukum Syamsul tu, dia yang beli beras di rumah kita? Jadi kenapa kita sibuk sangat?
Tahukah anda pada masa yang sama, berbilion wang kita telah diambil kesempatan untuk projek runding terus di zaman ‘Abah’. Projek keuntungan atas angin yang mana wang berbilion itu boleh membantu membina berbelas hospital, subsidi berbilion untuk petani dan pengajian percuma untuk anak-anak kita.
Kenapa ramai-ramai tak ‘kenduri’ serang individu tersebut? Adakah tindakan Syamsul itu lebih teruk daripada seorang lagi individu mencuri berbilion wang rakyat? Itu persoalannya.
Sebaiknya isu Syamsul itu sebagai org Islam, doakan saja yang baik-baik.
-THE MALAYSIA VOICE
(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)