Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN
Travel Frustrations: Malaysians Call for Change in Hotel Check-In and Check-Out Policies
“Pride always goes before a fall”
GIBSH abuses sparks fears of Islamophobia
Kerajaan persekutuan dan negeri kukuh kerjasama sains, teknologi dan inovasi negara
Malaysia Ringgit Strengthens Against the Dollar
MKR lancar traktor EV pertama Malaysia, jalin kerjasama untuk solusi pertanian pintar
The challenge of plastic waste facing Malaysia
Unifor a symbol of Sarawak’s unity
Johor to be a major growth centre
Tiba masanya PM buat lantikan Timbalan Menteri Agama
OLEH: NORMAN RADZUAN
Pada hari ini, terdapat satu liputan mengenai kunjungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang menyantuni mangsa-mangsa banjir.
Bukanlah tidak bagus Dato’ Menteri menyantuni mangsa. Tetapi, beliau sewajarnya lebih fokus kepada isu lebih besar.
Buat Dato Dr Naim, saya memuji tindakan saudara cuba menyantuni mangsa banjir. Misi itu bagus cuma saya ingin memberi pandangan ada agenda yang lebih besar untuk umat Islam di negara ini.
Rasanya Perdana Menteri sendiri sudah menyantuni dengan bantuan berpuluh juta ringgit. Malah kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri sepatutnya mengambil alih tugasan tersebut berkampung di sana, bukan di Putrajaya.
Apa isu yang besar ketika ini?
Tugasan, misi atau agenda Menteri Agama ialah bagaimana meneutralkan pemikiran orang Melayu dengan tohmahan yang menyesatkan. Pelbagai isu politik atas nama agama begitu teruk dimainkan hingga ke tahap akidah umat Islam tergugat.
Malah ramai anak-anak remaja, pemikiran mereka telah dipesongkan dengan satu ajaran agama yang ektrims. Peranan Kementerian Agama sangat penting dalam hal begini dan bukan membiarkan hanya Perdana Menteri menjawab isu tersebut. ‘Focus on what you can control’.
Saya harap Menteri faham tugasan menangani mudarat yang lebih besar. Jika bukan Kementerian Agama, takkan nak minta Menteri Pelancongan atau Menteri Sukan menjawab isu ektrimis agama?
Takkan Hanna Yeoh kena jawab isu ‘Perpaduan Haram’, tak mengundi dosa besar dan lain-lain?
Bab ini Menteri Agama dengan latar belakang akademik yang baik atau menggunakan Kementerian Agama mengumpul para Mufti atau ilmuan agama untuk menjawab isu tersebut.
Saya rasa sudah tiba masanya Anwar melantik Timbalan Menteri Agama untuk mengimbangi tugasan membendung fahaman ekstrimis agama. Mereka yang mempunyai pendidikan agama dari kalangan pimpinan politik Pakatan Harapan.
-THE MALAYSIA VOICE
(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)