JUST IN

Peka dan fahami istilah air pasang bantu elak tragedi tak diingini

by | Dec 23, 2022 | National, News, Opinions | 0 comments

OLEH: FADZLI MATGEO

Laporan akhbar menyebut kedatangan ‘air pasang besar’ beberapa hari ke depan adalah benar. Ini berlaku berikutan fasa bulan baharu 1 Jamadilakhir 1444 pada 25 Disember 2022 jatuh ketika kemuncak perigee bulan atau kedudukan terhampir iaitu kira-kira 359,700 km.

Namun demikian, bulan kini berada di perlegaran selatan membuatkan pada tarikh tersebut ia berlegar pada latitud kira-kira 24°S. Kedudukan kita pada latitud 1°U hingga 7°U membuatkan air pasang tinggi (spring tides) kali ini tidaklah berkategori air pasang besar (king tides).

Sekiranya fasa bulan baru dan fasa bulan purnama jatuh ketika perigee jarak itu dalam lingkungan latitud kita, barulah air pasang tinggi ini akan menjadi air pasang besar.  Kalau semua disebut air pasang besar, bila tiba ‘king tides’, dah habis dah terminologi dalam perbendaharaan kata bahasa kita.

Di Port Klang, air pasang tinggi kali ini hanya mencapai 5.02 meter maksimum. Air pasang besar boleh membuatkan paras air pasang di Klang mencapai 6 meter.

Air pasang tinggi ni saya sahaja reka. Orang dulu-dulu sebut air pasang dalam. Surut pukul 5 itu pelik sikit lah. Sebab air pasang tinggi ni selalunya surut tengah hari atau tengah malam bagi semi-diurnal atau sehari dua kali seperti di Selat Melaka.

Bahasa di Nusantara ini pula bagi air pasang tinggi disebut ‘pasang perbani’ dan air pasang rendah disebut ‘pasang anak’.

Tujuan saya reka perkataan pasang tinggi dan pasang rendah ini supaya mudahlah sikit anda nak faham terminologi-terminologi standard pada tolok pasang surut laut dalam bahasa Inggeris.

Highest Astronomical Tide dan Lowest Astronomical Tide tercatat ketika air pasang besar. Ini bermakna air pasang besar juga buatkan sungai mengalir laju ke laut ketika ia surut beberapa jam kemudian. ‘Timing’ hujan lebat tu, nak tengok dulu kalau nak kata boleh banjir pun.

‘Higher High Water’ dan ‘Lower Low Water’ berlaku ketika air pasang tinggi.  ‘Lower High Water’ dan ‘Higher Low Water’ berlaku ketika air pasang rendah.

Seperti dijanjikan, lebih lagi gambar dalam bentuk ‘collage’ untuk yang makin berlebih-lebih pula dewasa ini.

‘Emang di situ sih yang bayar data saya sampai sudah ngerasa punya otoritas harus gimana gimana? Iya saya nanya’. Saya tertanya-tanya.

-THE MALAYSIA VOICE

(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES