Bilingual, Multi-Topical News and Views
JUST IN
The reason for the B40 group being in poverty
EPF contribution for foreign workers
Building and construction sector now under scrutiny
Let’s look at the realities of the Budget
Navigating Challenges, Empowering Success
Malaysians should learn to acquire soft skills
Killing of Kopi sparks anger and outrage
AI to be used for weather forecasting
Is the controversial Mufti Bill necessary?
Blake, Leo dan Reed – wira tak didendang tragedi tanah runtuh Batang Kali
OLEH: AHMAD FAEZAL
Blake, Leo dan Reed sekarang mencuri hati orang ramai kerana begitu berjasa mencari mangsa-mangsa timbunan tanah runtuh di Batang Kali. Blake (gambar di atas) punyalah penat menjejaki mangsa selama 48 jam sampai kena direhatkan sebentar. Leo dan Reed pula sambung kerja.
Di sini saya ingin bercerita macam mana anjing-anjing ni ‘buat kerja’. Pertama sekali, kita kena faham yang anjing mempunyai deria bau yang sangat kuat. Menurut VCA Animal Hospitals, deria mereka 1,000 hingga 10,000 kali ganda lagi kuat berbanding manusia.
Dalam hidung semua kehidupan, ada sel yang boleh bertindak balas pada sesuatu rangsangan. Bahasa mudah, ‘rangsangan’ adalah apa-apa bau. Sel-sel tersebut tafsirkan sesuatu bau ikut jenisnya. Wangi? Busuk? Hamis? Hancing?
Dalam bahasa sains, sel ni dipanggil ‘receptor’. Sebab tugasnya menerima (receive).
Manusia ada kira-kira enam juta ‘receptor’. Anjing ada 100 juta. Malah otak anjing pula 40 kali ganda lagi bagus menafsirkan sesuatu bau berbanding manusia. Kira mereka boleh bau lagi dahsyat. Malah ‘bau apa’ mereka boleh analisis 40 kali ganda lagi bagus dari kita. Itu kurniaan Allah pada mereka.
Jadi K9 unit ini ambil anjing-anjing yang ‘paling terbaik’ (lagi baik dari paling baik, senang kata). ‘Best among the very best’. Kalangan anjing ini istimewa. Mereka boleh bau jika seseorang itu lelaki atau perempuan. Gembira atau sedih. Sakit atau sihat. Baik atau jahat. Semuanya melalui hidung.
Dan atas sebab itu, pasukan penyelamat guna enam ekor anjing di lapangan tanah runtuh. Itu pun 48 jam Blake buat kerja tak selesai lagi. Jelas sekali, bukan senang dan amat merbahaya.
Pada tahun 2021, ada bangunan kondominium 12 tingkat runtuh di Miami. Pihak penyelamat bergegas menggunakan K9 unit untuk cari mangsa. Sepanjang malam. Setiap saat. Tugasannya sangat susah dan merbahaya. Silap-silap anjing boleh mati andai kata timbunan tu ‘tenggelam lebih dalam’.
Tragedi tanah runtuh di Batang Kali amat memilukan hati. Kami ingin mengucapkan takziah kepada kaum keluarga mangsa yang terlibat. Dan kami juga ingin mengajak semua pembaca doakan keselamatan pasukan penyelamat yang bertugas.
SUMBER: THE PATRIOTS
(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)