JUST IN

Tanah runtuh 30 meter perangkap 79 mangsa di tapak khemah Batang Kali

by | Dec 16, 2022 | NATIONAL, NEWS | 0 comments

Seramai 79 orang mangsa termasuk 15 pekerja dilaporkan terperangkap dalam satu kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Jalan Genting, Batang Kali yang berlaku awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 2.24 pagi dengan pasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, BBP Rawang dan BBP Genting Highlands turut tiba di lokasi pada pukul 3.04 pagi.

“Dilaporkan, kejadian tersebut telah berlaku di tepi jalan berhampiran Father’s Organic Farm dan telah menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan dengan jalan tersebut.

“Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar tiga ekar,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya lagi, seramai 23 orang dilaporkan berada dalam keadaan selamat, manakala dua orang meninggal dunia, tiga orang cedera dan 51 orang masih tidak ditemui, setakat pukul 7 pagi tadi.

“Usaha mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan oleh pihak Bomba serta dibantu bersama oleh agensi lain iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Kementerian Kesihatan dan Pasukan SMART.

“Maklumat dari semasa ke semasa akan dikemaskini sehingga operasi selesai,” ujarnya.

-THE MALAYSIA VOICE

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES