JUST IN

Agoda perkenal ciri ‘Price Freeze’ buat pemburu harga

by | Dec 16, 2022 | LIFESTYLE, TRAVEL | 0 comments

Agoda kini memperkenalkan satu ciri baharu iaitu ‘Price Freeze’ yang membolehkan para pelanggan mendapatkan tawaran terbaik di Agoda dengan membayar wang pendahuluan bagi membekukan harga tempahan tersebut untuk sekurang-kurangnya satu hari atau sehingga 14 hari.

Ketua Pegawai Eksekutif Agoda, Omri Morgenshtern berkata, Agoda sentiasa berusaha untuk menawarkan harga yang terbaik untuk pengguna berikutan keinginan orang ramai untuk mendapatkan harga tawaran yang terbaik ketika membuat rancangan untuk bercuti.

“Ada kalanya pengguna masih tidak bersedia untuk memberikan komitmen sepenuhnya kepada tempahan mereka dan memerlukan masa untuk membuat keputusan, tetapi mereka tidak seharusnya melepaskan tawaran terbaik tersebut.

“Dengan memperkenalkan teknologi ‘Price Freeze’ di platform Agoda, kami mampu menawarkan lebih banyak fleksibiliti, pilihan dan harga yang terbaik kepada semua,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, ciri tersebut pastinya akan mengujakan hati pemburu harga kerana walaupun kos penginapan berkemungkinan naik atau turun dalam tempoh ‘Price Freeze’, pengguna bukan sahaja tidak perlu membayar lebih tinggi daripada harga awal yang telah dipersetujui, malah mereka akan turut menikmati penjimatan sekiranya harga tersebut turun.

“Jika pengguna memilih untuk tidak menempah semasa tempoh ’Price Freeze’ yang ditetapkan, hanya wang pendahuluan yang telah dibayar akan ditolak,” jelasnya.

Ciri ‘Price Freeze’ ini kini tersedia pada desktop dan web peranti mudah alih dan bakal diperluaskan ke peringkat global dan semua platform Agoda mulai awal tahun 2023.

-THE MALAYSIA VOICE

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES