JUST IN

Penjual baharu capai peningkatan 12 kali ganda dalam Jualan Hari Lahir Shopee 12.12

by | Dec 15, 2022 | Business, Local | 0 comments

Shopee mengakhiri musim beli-belah akhir tahun dengan penjual tempatan baharu mencapai peningkatan 12 kali ganda dalam jualan semasa hari kemuncak Jualan Hari Lahir 12.12 berbanding hari purata.

Pembeli berjaya menjimatkan lebih banyak melalui tawaran terbaik dengan jenama dan penjual, dengan lebih 23 juta baucar dituntut pada 12 Disember.

‘Kesihatan dan Kecantikan’, ‘Kelengkapan Rumah dan Kehidupan’ serta ‘Mudah Alih dan Aksesori’ muncul sebagai kategori popular yang dijual pada 12 Disember. Antaranya, kata kunci teratas yang dicari ialah pakaian, kasut perempuan, blaus, baju kurung dan ‘powerbank’ sebagai persediaan rakyat Malaysia untuk menyambut 2023.

Shopee berkata, pihaknya melihat peningkatan pesanan sebanyak lapan kali berbanding purata hari sepanjang dua jam pertama 12 Disember.

“Pelbagai bandar di seluruh Malaysia di luar wilayah Lembah Klang muncul sebagai bandar raya popular sepanjang tempoh kempen Jualan Hari Jadi 12.12 dengan Johor Bahru, Kinta, Timur Laut dan Kuantan mencatatkan jumlah tempahan tertinggi.

“Sementara itu, 100 penjual tempatan popular juga mencapai peningkatan jualan sebanyak lapan kali ganda pada 12 Disember berbanding purata hari. Penjual tempatan yang berprestasi tinggi termasuk Dr Macio, Momo House, Hollywood MotorSport, cost2u dan Tot.Retail & Wholesale.

“Selain itu, pembeli juga terlibat dengan ‘influencers’ kegemaran mereka yang berkongsi ulasan produk, tutorial dan banyak lagi semasa tempoh kempen dengan lebih 425K penglibatan direkodkan merentas media sosial,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Kempen Pemasaran di Shopee Malaysia, Kenneth Soh berkata, pihaknya berbesar hati melihat peningkatan positif dalam kalangan penjual tempatan baharu.

“Dalam tempoh 12 bulan yang lalu, kami mendorong penyertaan dengan membantu lebih 251,000 penjual tempatan baharu mendigitalkan perniagaan mereka. Lebih 140 daripadanya merekodkan lebih setengah juta jualan dalam tempoh masa yang sama.

“Melangkah ke 2023, Shopee berusaha untuk terus meningkatkan pengalaman pengguna untuk kedua-dua penjual dan pembeli, dengan berinovasi untuk memenuhi keperluan tempatan, dan menjadikan e dagang boleh diakses oleh semua orang,” jelasnya.

-THE MALAYSIA VOICE

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES