JUST IN

MPC anjur bengkel aplikasikan MyMudah sebagai panduan prosedur penginapan pekerja asing

by | Dec 15, 2022 | Business, HUMAN RESOURCES | 0 comments

Bengkel penambahbaikan prosedur penginapan pekerja asing dalam sektor Agro-Makanan buat julung kali telah dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Pantai Timur. Bengkel ini bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap kerumitan prosedur dalam mendapatkan kelulusan penginapan pekerja asing.

Bengkel ini juga mengenal pasti di mana beberapa peraturan berkaitan penginapan pekerja asing ini memerlukan kelulusan daripada pelbagai agensi teknikal. Pendekatan teknologi dan digital juga diteliti alternatif bagi memudahkan urusan perniagaan.

Perbincangan dipergiatkan lagi dengan perkongsian dari wakil pemain industri dan pengawal selia mengenai cabaran mendapatkan dan meluluskan permit atau lesen penginapan pekerja asing.

Wakil pengeluar bunga dan sayur-sayuran, Wong Seng Yee menyatakan masalah utama adalah berkaitan dengan proses mendapatkan Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) penginapan pekerja asing daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi teknikal adalah rumit dan memerlukan masa yang lama.

Jelasnya, kolaborasi awam-swasta ini diharap akan membolehkan prosedur itu diperjelaskan menggunakan pendekatan peraturan tangkas supaya ianya menjadi lebih mesra perniagaan pada masa hadapan.

Dengan mengambil semangat MyMudah, Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) dan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) komited untuk membantu pemain industri mematuhi peraturan tersebut dengan cara yang lebih mudah.

Menurut MDCH, garis panduan yang tidak jelas dan pelbagai dengan tafsiran berbeza menyukarkan perniagaan untuk memperoleh kelulusan.

MDCH, JTKSM bersama-sama agensi teknikal lain komited untuk menyelaraskan prosedur dan memastikan proses baharu menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan memudahcara perniagaan.

-THE MALAYSIA VOICE

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES