JUST IN

PH usah bongkak! Raikan demokrasi, sesiapa boleh bersuara

by | Dec 6, 2022 | National, News, Opinions | 0 comments

OLEH: DR. NURUL ASHIKIN MABAHWI

Saya diberitahu bahawa kerap kali pemimpin, ahli atau penyokong Pejuang dan Gerakan Tanah Air (GTA) membuat apa-apa komen berkaitan dengan perkembangan politik semasa, akan ada yang membalas dengan menyuruh kami diam kerana calon-calon kami hilang deposit di dalam PRU ke-15.

Saya merasa agak hairan dengan sikap tersebut kerana di dalam meraikan demokrasi, setiap seorang rakyat berhak menyuarakan pandangan mereka tidak kira mereka mewakili parti politik, NGO mahupun orang perseorangan.

Sikap ini juga terlebih menghairankan jika datang dari penyokong Pakatan Harapan (PH) yang memperlihatkan diri mereka sebagai reformis yang sudah pasti kebebasan bersuara itu tonggak kepada perjuangan mereka.

Saya tidak percaya bahawa mereka berubah hanya kerana mereka sekarang bersekongkol dengan kleptokrat dari UMNO.

Jika kita percaya bahawa setiap pandangan rakyat harus diberi pertimbangan, apakah pandangan dari orang yang hilang deposit tidak boleh diterima?

Seharusnya, apabila hari ini apa yang didakwa oleh calon-calon dari Pejuang atau GTA bahawa “satu undi untuk Anwar itu bersamaan satu undi untuk Zahid” terbukti benar, seharusnya pandangan kami diberi perhatian. Tak banyak, sedikit.

Ataupun mungkin suara-suara yang menyuruh kami diam itu tidak dapat menerima kebenaran atau apa yang kita katakan bahawa ‘the truth hurts’.

Kepada penyokong, ahli dan calon-calon Pejuang atau GTA, teruskan menyatakan kebenaran dan berpegang kepada prinsip perjuangan.

** Dr. Nurul Ashikin merupakan Ketua Pejuanita Muda Malaysia

-THE MALAYSIA VOICE

(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)

JUST IN 

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES