JUST IN

Vantage App Dagangan Sosial kini jadikan dagangan lebih interaktif

by | Dec 3, 2022 | Business, INTERNATIONAL | 0 comments

Vantage Markets (Vantage), broker berbilang aset, melancarkan dagangan sosial pada Vantage App, menjadikannya aplikasi dagangan semua-dalam-satu yang menyokong baik dagangan biasa mahupun dagangan sosial.

Dagangan sosial ialah ciri inovatif yang menukar dagangan menjadi acara sosial: Pedagang berpengalaman boleh berkongsi strategi dagangan mereka sebagai penyedia isyarat.

Pedagang pemula akan berupaya mengikuti pelbagai penyedia isyarat, memperoleh pandangan daripada pelabur yang berpengalaman dan memperdagangkan strategi mereka dengan mencerminkan dagangan pihak-pihak lain.

Vantage App menawarkan akses kepada lebih 1000 instrumen dagangan termasuk CFD pada tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Tenaga, Saham, ETF dan Bon.

Ia mempunyai navigasi dalam-aplikasi yang intuitif dan menyediakan rangkaian carta, alat teknikal, jenis pesanan, laporan dan pemakluman dagangan diperibadikan yang komprehensif.

Disediakan dalam 14 bahasa, Vantage App turut menawarkan analisis pasaran dan berita pasaran yang dikuasakan oleh Trading Central dan FX Street.

Dengan permintaan yang semakin meningkat terhadap dagangan mudah alih dalam pasaran bertumpu mudah alih, kini Vantage App disokong pada peranti OPPO, VIVO, Huawei, Xiaomi dan Samsung selain daripada peranti iOS dan Android.

Lian Jie, Penolong Pengarah Pemasaran Aplikasi di Vantage menjelaskan bagaimana ciri baharu ini merevolusikan industri CFD tradisional.

“Memandangkan profil pelabur aktif kami menjadi lebih muda, pelanggan kami lebih bersedia untuk meneroka dan menerima pakai kaedah-kaedah dagangan yang inovatif seperti dagangan sosial, melangkaui kaedah-kaedah dagangan tradisional.

“Di Vantage, kami memahami bagaimana teknologi dan inovasi dapat melangkaui sempadan, maka kami telah memanfaatkan kuasa teknologi dalam Vantage App kami untuk memenuhi keperluan generasi akan datang dan menyediakan pengalaman yang lancar dan mudah untuk semua pelanggan kami,” katanya.

-PR NEWSWIRE

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES