JUST IN

Mat Sabu berkempen untuk BN bukti aura politik Malaysia kini berbeza

by | Dec 1, 2022 | National, News, Opinions | 0 comments

OLEH: AHMAD FAEZAL – THE PATRIOTS

Semalam buat julung kalinya kita nampak Mohamad Sabu di atas pentas Barisan Nasional (BN). Jujur cakap, benda ni silap-silap masuk dalam mimpi pun belum tentu. Jadi ada beberapa perkara yang kita wajar perhalusi terlebih dahulu.

Pertama sekali, Malaysia ada ‘expectation’ sangat tinggi walaupun usianya masih muda. Baru 65 tahun. Cuba banding negara-negara maju sekarang ketika 65 tahun selepas merdeka.

Amerika Syarikat misalnya boleh tahan berpecah dalam tempoh 65 tahun pertamanya. Punya teruk perpecahan mereka hinggakan ada perang saudara 78 tahun selepas mereka merdeka.

Bagaimana dengan Jerman? Bangsa Jerman mendirikan sebuah negara bersatu (confederation) pada tahun 1815. 33 tahun kemudian, ada revolusi yang menggantikan confederation tersebut dengan perlembagaan empayar. Dua tahun saja empayar ni bertahan sebelum Jerman berkonfederasi semula hingga tahun 1866. Kerajaan empayar kembali pada tahun 1871 yang bubar kerana Perang Dunia Pertama.

Apa yang saya nak sampaikan di sini?

Negara muda ada cabaran-cabaran baru sebelum capai ‘usia matang’ yang membolehkan bangsa membangun dengan baik. Kematangan ini sukar dicapai kalau semua pakat mengamalkan politik beridentiti.

Antara tahun 1957 hingga 2008, politik Malaysia terlalu beridentiti. Namun bermula tahun 2008 sampai 2022, aura politik negara sudah berlainan kerana semua parti sudah bekerjasama ‘at some point’.

Sesungguhnya negara-negara lain mempunyai sejarah agak jelas untuk dijadikan panduan. Manakala semua benda di Malaysia sedang berlaku buat pertama kali sejak tahun 2008:

– Parti pemerintah hilang majoriti dua-pertiga

– Blok pembangkang meragut undi popular paling tinggi

– Parti pemerintah hilang kuasa

– Blok pembangkang yang menjadi kerajaan terpecah kerana parti komponen keluar gagasan

– Parti komponen membentuk kerajaan bersama blok pembangkang

– Kerajaan baru berpecah dua untuk bertembung dengan pembangkang dalam PRU15

– Tiada majoriti jelas selepas PRU15 hinggakan kebijaksanaan YDP Agong dan Majlis Raja-Raja diperlukan untuk merawat luka politik

Jadi di sini semua rakyat Malaysia dah nampak dengan jelas. Dalam politik, “there are no good and bad people. Only best decisions and worst choices.”

Mungkin kalian yang baca boleh hayati terlebih dahulu sebelum sokong mana-mana pihak secara total.

-THE MALAYSIA VOICE

(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES