JUST IN

Awas, musuh kini intai peluang tumbangkan Kerajaan Perpaduan

by | Nov 29, 2022 | Opinions | 0 comments

OLEH: NORMAN RADZUAN

Saya ditanya bagaimana ‘mereka’ boleh jatuhkan Anwar. Mengapa saya terpaksa ingatkan berkali-kali mengenainya?

Saya masih ingat apa yang terjadi di Perak 14 tahun dahulu. Oleh kerana keluarga saya dari kalangan UMNO, saya telah mendengar tiga bulan sebelum kerajaan Perak dijatuhkan.

Saya cuba bertemu Datuk Seri Nizar. Tetapi orang di keliling menganggap saya mahu ‘projek’. Saya tidak akan sampaikan maklumat melalui orang ketiga. Tetapi saya katakan maklumat ini perlu empat mata dengan beliau.

Saya sangat berkecil hati sikap orang sekeliling Nizar ketika itu. Akhirnya ia menjadi kenyataan apabila Nizar menjadi Menteri Besar paling singkat di Perak.

Persoalannya bagaimana kerajaan perpaduan ini boleh dijatuhkan?

Pertama, mereka akan jatuhkan Zahid dalam tempoh lima bulan dari sekarang iaitu tarikh akhir pemilihan UMNO. Hanya dengan menjatuhkan Zahid sahaja satu-satunya jalan untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan ini.

Sekadar ramalan, jika Zahid gagal pertahankan kerusi Presiden mereka akan angkat Hishamuddin atau Ismail sebagai Presiden. Lalu dengan rasmi Barisan Nasional secara ‘en bloc’ akan menarik sokongan kepada kerajaan campuran ini.

Anwar mempunyai kelebihan sebagai PM. Malah Anwar disenangi oleh semua kaum kerana pendekatan ‘moderate’ dalam berpolitik. Kelebihan Anwar beliau sangat disenangi oleh rakyat Sarawak dan Sabah.

Pun begitu, ia tidak cukup untuk jumlah kerusi andai kata GPS, Warisan dan Bebas setia bersama Anwar. Jangan diharap apa-apa dari GRS sebab mereka sebenarnya adalah komponen PN.

Jadi sebab itulah seperti saya katakan baru-baru ini kes LCS (kapal tempur pesisir), pembelian vaksin, salah guna dana rakyat bernilai RM 580 billion mesti disegerakan.

Saya bukan niat untuk menakut-nakutkan di kala kita dalam kegembiraan. Tapi saya lebih takut jika ia jatuh sekali lagi. Kita baru menangis kegembiraan. Jangan beberapa bulan lagi kita menangis kerana kesedihan.

Anwar baru diumumkan sebagai PM, saham dan ringgit meningkat. Ucapan tahniah dari pemimpin serata dunia. Anwar menunjukkan contoh bagaimana beliau sanggup tidak bergaji dan tidak mahu pejabat PM diubah suai untuk menjimatkan kos perbelanjaan.

Beliau bahkan sanggup bekerja hari Ahad untuk membincangkan kos sara hidup. Tapi rakyat yang sudah termakan dakyah perkauman ini tidak akan melihat seribu kebaikan itu.

Sekali lagi saya ingatkan, berhati-hatilah. Mereka tidak pernah diam walaupun sehari.

-THE MALAYSIA VOICE

(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi The Malaysia Voice mahupun themalaysiavoice.com)

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

OUR CATEGORIES