JUST IN

PRU-15: PH, PN mulakan rundingan gara-gara Parlimen tergantung

by | Nov 20, 2022 | NATIONAL, NEWS | 0 comments

Keputusan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) menyaksikan tidak ada mana-mana parti yang berjaya menang dengan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan dan situasi ini sekaligus menepati ramalan banyak pihak bahawa sebuah kerajaan campuran akan dimuktamadkan.

Sehingga pukul 4:30 pagi tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa Pakatan Harapan (PH) mendahului dengan jumlah 82 kerusi diikuti Perikatan Nasional (PN) 73 kerusi, Barisan Nasional (BN) 30 kerusi, Gabungan Parti Sarawak (GPS) 22 kerusi, Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) 6 kerusi, Parti Warisan 3 kerusi, Bebas 2 kerusi dan Parti Bangsa Malaysia 1 kerusi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam sidang medianya memaklumkan bahawa tiada pihak yang memperoleh majoriti 50 peratus daripada 219 kerusi yang dipertandingkan.

Parlimen Malaysia buat ketika ini disifatkan sebagai ‘tergantung’ dan rundingan politik untuk membentuk kerajaan campuran sedang digerakkan oleh calon Perdana Menteri kedua-dua parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Dalam sidang medianya, Muhyiddin memaklumkan bahawa pihaknya akan berbincang dengan Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat di samping mengalu-alukan penyertaan mana-mana parti yang menerima prinsip perjuangan PN.

Sementara itu, Anwar dalam sidang medianya pula mendakwa PH telah memperoleh 112 kerusi untuk menubuhkan kerajaan. Namun ketika ditanya pemberita mengenai siapa gabungan parti yang menyertai, beliau enggan menjawabnya.

-THE MALAYSIA VOICE

SEARCH 

ADVERTISEMENT 

DO FOLLOW 

OUR CATEGORIES